Sunday, February 27, 2011

SIAPA KATA?

1. Siapa kata muka tak lawa tak leh jadi artis?.Ce angpa pi tengok luaq negara, Fantasia tuh cun ke aku nak tanya?.Madonna tuh cantik ka?.Nak-nak Marilyn Manson,lagi tak pandang.Kalo hak Malaysia neh pulak Ayu OIM lah yang kita boleh nampak.Aku tak kata depa tak lawa.Tapi pada pandangan mata kasaq aku rupa depa tuh biasa-biasa saja.Tapi sebab depa ada bakat yang sangatlah boleh pergi dan mengagumkan depa terpilih jadi artis.Neh aku nak tanya kat angpa siapa yang duk kata rupa tak lawaq tak leh jadi artis?.Habaq meh kat aku.So,pada yang rasa kurang yakin diri elok angpa pi kem kepimpinan.Eh!apa pulak.Elok angpa pandang cermin,renungkan bakat apa.Jangan biarkan ia terendam umpama kain batik yang tak berbasuh.Neh aku tengok yang datang mentor semua macam haram.Nak glamer tapi bakat ke laut.Kalo lawa,ada bakat kira pakej lengkaplah tuh.Alhamdulillah~

2. Siapa kata awek/pak wek berbadan gempal tak ada orang minat.Aku ingat lagi zaman sekolah,aku berbadan gempal.Masa tuh,ada syok kat seorang mamat neh.Tapi sebab sedar diri dalam tidur,aku tau aku tak layak bercinta.Sebab apa?.Sebab aku gemuk.Tapi sekarang tak delah.Cuma,aku rasa pendapat aku dulu salah.Bila aku buat servey,banyak lelaki yang sukakan girl-girl bersaiz gempal atau gebus-gebas.Sebab depa kata,awek-awek neh comel.Lagi satu,depa neh setia malah lebih penyayang.Begitu juga sebaliknya.Macam angpa selalu jalan kat supermarket,balak keding aweknye pulak lebaq.Walau nampak macam nomboq 10,aku nampak depa bahagia je.So,sape kata awek/pak wek badan besaq tak ada orang minat?.siapa?.Luku kang.

3. Siapa kata orang tak pandai tak leh maju?.Ha..neh lagi satu.Angpa ingat orang yang ada PHD tuh masa depan depa cerah ke?.Bukanlah aku nak kata depa tak de masa depan cerah.Kalau ada lagilah bagus.Itu menandakan angpa memang pintaq.Tapi kat sini,aku nak tekankan kepala lutut angpa,bahawa angpa tak leh pandang rendah pada depa yang tak berapa nak cerdiq.Contoh macam kawan kepada kawan aku,masa skola memang bebal habis tapi tak sangka sekarang hidup senang.Amik certificated cuci turbin.Pakai kemahirankan?.Tapi ada gak yang jenis sudahlah kurang pandai.Ditambahnya lagi pemalas.Pakej hidup tak cerahlah tuh.

4. Siapa kata orang jahat,tak leh jadi baik?.Masa sekolah dulu,dia taiko.Dadah segala jenis dia da cuba.Rempit corner baring selamba.Betina mana dia tak tebuk.Tapi tup tup jumpa jadi Ustaz beb.Nothing imposible.Tapi kalo memang sudah jenis hati perut busuk,tak pikir mati punya orang.Kempunanlah nak tengok depa berubah.Yang penting,ada yang jahat berubah lagi baik dari orang yang baik.Sebagai manusia,aku tak leh nak tentukan siapa jahat,siapa baik.Tapi aku boleh menilai dari mata hati aku sendiri baik jahat tuh camne.

5. Siapa kata mak bapak dia baik anak dia pun baik?.Mula-mula bila kita kenal seseorang kita akan pandang pada asal-usulnya.Pi umak mak mentua pun yang ditanya dulu asal usul kita.Tapi kita tak bolehlah pandang buku dari kulitnya.Tengok dia anak penagih dadah.Terus reject.Sebab depa kata mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai.Padahal,budak tuh cukup budi pekerti,agamanya dan akhlaknya.Bila mak bapak kerja bagus,cikgulah peguamlah gomenlah terus amik anaknya jadi menantu.Padahal budak tuh rupa-rupanya pegedar dadah.Tak ke menantu hantu tuh?.Tapi tak semua macam tuh.Ada yang elok acuannya,maka kuih semperitnya pun cantik.Pokok pangkal sebenarnya diri masing-masing.


siapa kata depa tak hot?.hot kot.malah berani.
Kaki lima:siapa kata aku macam lisa surihani.?.memang tak de pon.haha.

Saturday, February 26, 2011

HIKAYAT SI BERUK..

Siapa dekat sini pakai BERUKBAND?.Angkat hidung sekarang!sekarang!.Angpa penah tak mengalami keselulitan dalam melayari tenet.Kesulitan oke,nope kesesulitan.Kalo masalah selulit elok angpa beli krim MUSTAJAB.Baru ramping macam Nora Danish.Berbalik pada isu yang aku nak habaq kat angpa.Apa jenis line berukband yang anda pakai?.

Maxisiah (bukan nama sebenar) ?
Umobiletipah (bukan nama sebenar) ?
Digimon (bukan nama sebenar) ?
atau
Celcomilah (bukan nama sebenar) ?

Ha..macam-macam jenama lagi lah.Masing-masing cakap line depa terbaik.Kalau beli lagi mahal,lagi laju broooo!.

Tapi betui ke janji manis depa tuh?.Atau sekadar menanam tebu di tepi bibiaq?.
Minah Sedot telah melanggani talian berukband bagi celcomilah.Selama 2 bulan.Pada awal penggunaannya,dia berasa kagum dengan kepantasan talian celcomilah tersebut.Al-maklumlah beli pakej mahal dengan kelajuan 3.6mbps.Lajukan beb?.Tapi setelah masuk bulan ketiga,talian internet tersebut mula 'basah-basah' dengan kata lain tersangatlah slow.Sampai nak mendowload lagu Ramlah Ram pun makan masa  satu jam setengah.Aumak..da macam download movie lah pulak.


bayar untuk 3.6mbps dapat cuma 26kbps.cane?


Maka,Minah pun tidak mahu berdiam diri dalam masalah ini.Dia telah membuat aduan kepada khidmat pelanggan.Berikut adalah perbualan beliau:

KP:Selamat sejahtera cik,boleh saya bantu?.
Minah : saya minah.Da 2 minggu line tenet saya neh lembab.
KP:Oke.Sila bagi nombor broadband dan kad pengenalan cik.
Minah:bla bla bla bla.
KP:Sekejap cik,saya semak ye.
Minah:oke.

setelah 5,6 minit menunggu..
KP : cik minah eh?.saya sudah semak segala butiran dan cik tidak ada sebarang masalah.Mungkin cik kena clear history dan cuba refresh semula.
Minah:eh,saya memang da lama clearkan history masa skola dulu dalam kepala otak  neh.Mana maunya nak ingat banyak-banyak .
KP : erk??

Sekali lagi,minah cuba menkonektionkan berukband tersebut tapi malangnya masih tidak berubah.Minah sudah tidak boleh mengawal kemarahannya yang membebal terhadap berukband tersebut,lalu...

hamik kau!

Kaki lima : ini adalah siputbabibend!taraaa!

KENALI SIFAT MAK WE ANGPA MELALUI TEMPAT DATING..

Angpa penah pi berdatingkan?.Konfem penah.Selalunya sape yang tentukan tempat dating angpa?.Si mak we atau pak we?.Kalau mak we ajak,ini antaranya:

SHOPPING COMPLEX!
konfem mak we neh kuat JOLI.Angpa kena bersiap sedia kan dompet angpa secara mental dan fizikal.Tak leh kata apa daa..

KEDAI MAMAK!

Mak we neh agak memahami keadaan angpa yang sengkek dan dia tak sampai hati nak ajak angpa pi makan kat restoran 4 bintang sentengah.


PANGGUNG WAYANG!


Mak we neh nak test tahap 'buat wayang' angpa terhadap dia.Kalau angpa ligat,maka dengan itu selamat jalan romeo lah angpa.

TAMAN TASIK!


Jenis neh harap dapat kekal dengan angpa forever and ever.Jenis mak we neh jugak memang kaki layan drama lama-lama,lalu diaplikasikannya untuk tempat berdating.

AIR TERJUN!


Selalunya jantan-jantan saja suka tempat sejuk neh.Maka,ada baiknya si pak we hati-hati.Mungkin mak we anda adalah spesies makhluk yang terdesak.

BUS STOP atau AREA-AREA DEKAT RUMAH!


Kemungkinan besar,angpa akan ditinggalkan oleh mak we angpa.Dia nak minta putus face to face.Berani dan berkeyakinan.

kaki lima : artikel ini hanya sekadar gurau senda :)

AIS KRIM DARI SUSU BADAN?

Restoran Icecreamists di London telah mereka suatu perisa baru yang diberi nama 'BABY GAGA'.Aiskrim neh mengandungi 75 peratus dari susu badan manusia dan 25 peratus dari si tua Bossy.Selain dari itu,beberapa pods vanilla dari Madagascar ditambah dan sedikit perasa lemon untuk membuat ais krim tersebut kelihatan begitu eksklusif.

Menggunakan konsep suara Cheesy,pengasas Icecreamists iaitu Matt O'Conner melihat 'Baby Gaga' sebagai pengambilan ais krim yang kita boleh ambil sebanyak mana pun kerana ia tidak mengemukkan.

Kata O'Conner kepada Berita AOL,sesetengah orang tidak berapa suka dengan idea menggunakan susu dari badan manusia.Mereka bertanya pada O'Conner adakah lebih baik menggunakan susu lembu yang  telah diinduksikan kehamilannya setiap bulan dari susu manusia?.
Yeah!inilah 'baby gaga' perisa terbaru yang diperbuat dari susu badan.
Setakat ini,soalan tersebut masih belum terjawab.Bagi O'Conner,beliau ingin memberitahu orang diluar bahawa susu badan adalah yang terbaik dan memberi peluang pada manusia yang tidak pernah merasa susu badan.

Secara jujurnya,ianya bergantung pada susu yang telah mereka samplekan.

'Rasanya berbeza-beza,bergantung pada berapa lama wanita tersebut menyusui dan amalan pemakanan beliau.Iannya lebih cair dari susu lembu dan manis',katanya.

Setiap hidangan 'baby gaga' dijual dengan harga 22 US (RM 67.17).Syarikat yang khusus untuk susu badan adalah sedikit.Maka,O'Conner telah membuat perjanjian dengan si ibu seperti Victoria Hiley,35 tahun dari Leeds dimana bekerja untuk wanita yang mempunyai masalah dalam penyusuan.

O'Conner telah membayar Hiley sebanyak 1.61 US (RM 4.91) bagi setiap ouns cairan susu.Ini telah menyebabkan Hiley sangat teruja dan suka melakukan pekerjaan tersebut.

'Apa salahnya menggunakan sedikit aset saya untuk mendapatkan wang tambahan?',kata Hiley apabila beliau ditanya oleh akhbar Metro dari British.

'Tidak ada susu,sesegar susu ibu',tambah beliau lagi.

Setakat ini,O'Conner telah mengupah 15 orang wanita untuk pemerahan susu.Mereka juga,telah diberi ujian kesihatan terlebih dahulu bagi mendapatkan susu yang terbaik.

'Saya terkejut ia menjadi sepopular itu',kata O'Conner mengenai jualan ais krimnya yang semakin diterima ramai oleh orang luar.

Kaki lima : kang ada gak buat susu ibu jadi ais krim pop.

Friday, February 25, 2011

PEMBEDAHAN PLASTIK SEPERTI ORANG LAIN!

'Gila harta!Gila kuasa!Gila nama!semua gila!'..wings,hukum karma.
Macam mana pula yang GILA RUPA?.Ada yang sanggup buat plastic surgery untuk kelihatan sejibik macam orang lain.Apa kes?.Jom kita usha.
1. Wanita yang telah melakukan 51 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Ratu Mesir Nefertiti.


 Nileen Namita,seorang seniman yang berusia 49 tahun mempunyai 3 orang anak yang berasal dari England.Beliau telah melakukan 51 operasi pembedahan plastik untuk merealisasikan impiannya agar kelihatan seperti Ratu Mesir Nefertiti.Beliau juga yakin,bahawa beliau adalah Nefertiti si isteri kepada firaun Mesir Akhenaten yang menyembah matahari.Namita telah menghabiskan masa selama 20 tahun dengan membayar £200,000 (kira-kira RM986,936.95).51 operasi ini termasuk pada bahagian hidung,mulut dan seluruh wajahnya.Sama ke beb?.


2. Si Nenek yang menghabiskan duit sebanyak 16,000 USD untuk kelihatan seperti Jessica Rabbit.



Nenek yang berusia 57 tahun,Annete Edwards telah menghabiskan duit sebnayak 16,000 USD(RM 48,896) untuk kelihatan seperti watak kartun Jessica Rabbit dari filem 'Who Framed Roger Rabbit'.Menurut si nenek,beliau sangat cintakan arnab dan ingin kelihatan seperti idola kartun rekaannya.Beliau telah menjalani operasi pembedahan di London's Harley Street,klinik pembedahan plastik yang terkenal di dunia.Selama seminggu,pakar bedah telah melakukan prosuder pembedahan termasuk pada bahagian payudara,alis tangan dan suntikan botox yang bernilai 600 EUR (RM 2533.48).Beliau juga memberitahu telah di hubungi oleh Majalah PLAYBOY untuk sesi bergambar.Adoi..nenek,nenek.


3. Si Ibu yang melakukan pembedahan untuk kelihatan sama seperti anak.



Kalau angpa tengok gambaq kat atas tuh konfem angpa ingat Janet dan Jane Cunliff adalah si kembar.Sebenarnya,mereka bukan adik beradik.Mereka adalah si ibu dan anak!.Janet telah menghabiskan duitnya sebanyak 13,000 USD (RM 39,708.50) untuk pembedahan plastik tersebut dalam usaha mendekatkan jarak umur 22 tahun dengan anaknya.Mereka kini,sama-sama mempunyai rambut perang yang cantik,bentuk badan yang menarik dan kaki yang berotot cantik.Yang bestnya,kedua-duanya mempunyai berat badan yang sama.Cuma bezanya,adalah ketinggian.Jane tinggi lebih 2 kaki dari ibunya pada ketinggian 5 kaki 6 inci,manakala mata Jane berwarna coklat dan Janet berwarna biru.Selain perbezaan tersebut,kesemuanya hampir sama.

4. Saudara kembar yang membayar 60,000 EUR untuk kelihatan sama identiti.


Dilahir sebagai pasangan kembar bukan bermakna kedua-duanya seiras tetapi apa yang tidak dapat dinafikan sikap mereka adalah sama.Namun bagi pasangan Jo dan Kerry Burton,mereka mahukan lebih daripada itu sebagai pasangan kembar.Sejak Jo berhasrat melakukan pembedahan kosmetik untuk membetulkan hidungnya,kerry juga mahu melakukan perkara yang sama.Sejak hari itu,kedua-dua kembar menghabiskan sebanyak 60,000 EUR untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan yang kesemuanya dijalankan pada waktu yang sama dan doktor yang sama agar mereka tidak akan dapat dibezakan oleh satu sama lain.Malahan mereka terpaksa menggunakan singkatan nama yang terletak pada bahagian perut agar doktor dapat mengenal pasti siapa adalah siapa.Pada usia 34 tahun,kedua-duanya telah melalui prosuder untuk menegangkan kulit mata,tatu mekap yang kekal dan suntikan Botox.

5. Si ibu yang mahu kelihatan seperti Angelina Jolie.



Nadya Suleman,wanita yang baru sahaja melahirkan kembar lapan telah membuat pembedahan plastik seakan Angelina Jolie.Menurut doktor bedah palstik Dr Anthony Youn,kesamaan antara Nadya dan Angelina adalah luar biasa.Mereka mempunyai alis yang sama dan dahi mulus yang sangat bagus.Nadya telah melakukan pembedahan pada bibirnya yang membuat beliau kelihatan seperti Angelina Jolie.Nadya juga turut membantah bahawa beliau menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti pemenang Oscar.

6. Wanita tenat yang menghabiskan 40,000 EUR untuk kelihatan seperti Demi Moore.


Seorang wanita yang mengalami barah otak telah menghabiskan duit sebanyak 40,000 EUR (RM 168,789.30) untuk melakukan pembedahan plastik agar kelihatan seperti Demi Moore.Lisa Connell,29 telah menggunakan wang yang disimpan oleh ibunya untuk perkahwinan Lisa untuk melakukan pembedahan tersebut.
Walaupun Lisa memiliki wajah yang cantik,tetapi Lisa tidak yakin dengan penampilannya dan mahu kelihatan cantik persis Demi Moore.Lisa telah menjalani pembedahan sedut lemak,pembedahan pada bahagian payudara,mengangkat alis dan menambah tambahan pada kulit dan gigi untuk memenuhi impiannya.Lisa telah mendapat tumor otak pada umur 27 tahun.

Ish.ish.Sudah nazak pun mahu bedah plastik.

7. Pengawal keselamatan menghabiskan duit sebanyak 3500 EUR untuk kelihatan seperti SETAN!


Gavin Paslow,seorang pejaga keselamatan berusia 39 tahun telah menghabiskan duit sebanyak 3500 EUR (RM 14771.31) dengan menambah taring,lidah bercabang dan tanduk pada dirinya.Paslow juga telah menukarkan namanya kepada Diablo Delenfer atau nama salah satu syaitan dari neraka.Tapi beliau melakukan pengubahusaian lebih kepada rupa Lucifer.

Perubahan mula dilakukan dengan menambahkan dua tanduk aneh pada bahagian dahinya 200EUR satu tanduk.Operasi ini dilakukan di Machester oleh seorang pakar tanpa menggunakan bius pada awal tahun 2008.Pembedahan ini mengambil masa selama 5 jam.Ahli bedah kosmetik yang sama juga telah melakukan pembedahan ke atas lidah beliau dengan menghiris pada bahagian tengah menggunakan pisau.Beliau kemudian menjalani pembedahan pada telingannya untuk kelihatan lebih menunjuk pada bahagian bawahnya.Taring juga telah dipasang dengan menggunakan seramik kekal.Beliau juga mempunyai 29 tatu untuk menutupi bahagian atas tubuhnya.Untuk kelihatan sempurna seperti syaitan,Paslow telah memakai contact lens berwarna hijau dan memakai ekor yang digabungkan dengan kemejanya.Tak payahlah nak bedah rupa macam setan.Buat saje perangai macam setan konfem jadi setan bro.

Kaki lima :macam-macam hei!

Thursday, February 24, 2011

INI BUKAN ANWAR HADI!

Ini adalah pesanan ringkas dari MAT LUTHFI.



Memang benar tuh apa dikatakan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Kaki lima : kenal mamat neh dari OH!MEDIA tadi.sempoi.

KENAPA AWEK SUKA TENGOK BOLA?

Kalau lelaki dengan bola memang ibarat irama dan lagu.Tapi kalau awek cane tuh?.Apa sebabnya?.Moh kita terjah!

1. Terjatuh hati dengan player yang kacak.Ini kira pandang pertama terus terpaut.Awek macam neh,sebenarnya tak adalah minat bola mana pun.Tapi mungkin secara tak sengaja tengok bola,then ternampak player kacak.Terus dia jadi minat bola.Bukan nak tengok bola sangat pun.Nak tengok player tuh je kot.

2. Terjatuh hati dengan lelaki yang minat bola sepak.Maka si awek kenalah berjinak-jinak dengan bola sepak.Bajet biar ada minat samalah kononnya.Sanggup tunggu 2,3 pagi nak tengok bola biar esok boleh sembang dengan lelaki yang dia suka pasal game malam tadi.Padahal,tidur berkrohh.

3. Team hebat.Contoh macam MU selalu jadi bahan berita sebab depa ada TEAM yang kuat dan selalu menang.Maka,secara tak langsung kalau ada game MU awek neh akan sokong MU.Padahal kalau awek tuh diajak bersembang pasal skill player,memang ke lautlah.

4. Game besar.Oke,mari kita refer kepada piala AFF.Piala neh macam satu fenomena bagi Malaysialah.Sebab player-player kita main dengan bagus.So,sebagai rakyat Malaysia konfem aweks tengok game neh.Nak sokong Malaysia lah katakan.Tetiba nampak lak Apek main best.Memang terus lekat kat depan TV.Kalau nak diikutkan sebelum neh Apek pun depa tak kenal kot.

5. Ini peminat sejati.Kira kalau cakap pasal bola semua dia terer.Perfect awek neh.Memang minat tulus dekat bola.Al maklumlah sejak dari kecik apak dan abang-abang dia dah tanamkan suruh minat bola.

Disini,aku nak jelaskan ada dua kateogori peminat bola sepak:
1. Minat dan boleh bermain dengan baik.Pakej lengkap.Dia tau rasa macam mana susah main bola.

2. Minat tapi hanya reti mengulas.Neh jenis yang suka duk kedai mamak yang kerja nak maki hamun kalau player  tak main dengan bagus.Che angpa try masuk dan main.Ada gol tak?.
ini bukan biji guli oke.ini bola!

Kaki lima :makan bola,tidur bola,minum bola.

Wednesday, February 23, 2011

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT?.

Angpa mengalami masalah keguguran rambut?.Tiada duit ingin mendapatkan rawatan?.Kini,anda tak perlu ke Yum Nam Hair Care.Mengapa perlu bayar lebih?.Wa ada tips-tips yang sempoi nak bagi kat angpa.Jimat malah ringkas.

1. Angpa penah tak buat kolaj,ye ke macam tuh sebutannya?.Aku bedal saja.Ala..yang masa seni duk gam dan tampal tuh.Apakata angpa aplikasikan pembelajaran seni tuh kat masalah neh.Caranya,ambil rambut yang gugur tadi dan tampal semula ke kulit kepala dengan gam cap gajah.Nak lagi tahan,gam kasut.

2. Angpa ingat racun makhluk perosak boleh disembur pada serangga saja ke?.Tambahkan lagi kegunaannya dengan menyembur racun makhluk perosak tuh dekat rambut bagi mengelakkan kutu babi bertandang tanpa memberi salam.

3. Lumurkan rambut angpa dengan baja organik seperti tahi ayam atau taik lembu.Kalau taik kucing lagi pergi.Hasilnya,rambut angpa akan lebih subur dan lebat.

4. Cantaskan rambut-rambut yang bercabang.Ini amatlah perlu supaya rambut cabang neh tidak berjangkit pada rambut-rambut yang lain menjadi lebih bercabang cabang cabang capang eh cabang dengan aktifnya.

5. Jangan sesekali membebankan kepala hotak angpa.It's not good oke.Malah,jangan berfikir dengan banyak.Arakian itu,sila berfikir guna kepala lutut.

6. Andai kata,semua di atas gagal dilakukan oleh angpa.Ada baiknya,angpa manfaatkan bulu ketiak,bulu dada,bulu kaki mahupun mana-mana bulu untuk ditempek di atas kepala angpa.

Selamat mencuba!
'Kini masalah rambut tiada lagi,saya lebih yakin'.
Jalenab Jelebo,Padang Piuh. 

Kaki lima:tenung-tenungkan dan selamat mengamal. :)

Tuesday, February 22, 2011

SANGAT TAK COMEL!

Ini adalah pesanan ringkas dari ANWAR HADI.



Aku memang sokong apa yang lu cakap bro.
sebab

BAHASA JIWA BANGSA!
Kaki lima : ewww?

RAGAM SI MUKABUKU

Facebook ataupun dalam bahasa kampungya mukabuku memang da femes.Orang hulu pun boleh update status sebelum pergi menoreh.Penangan facebook neh memanglah sangat hebat.Boleh temu jodoh,silap haribulan boleh bina masjid.Tak kurangnya juga boleh cerai sampai talak entah berapa entah.Jangan tak juga,boleh temu ajal.Hebat tak hebat facebook neh.

Bagi aku,FB neh macam sebuah drama yang korang boleh tengok secara siaran langsung,lepaih tuh tak berbayar lagi penuh dramatik.Macam-macam ada!.Kalau aku tak tulis neh pun,konfem korang penah alami semua neh.
RAGAM 1

Jenis pengguna yang SS.Depa update segala jenis macam status,gambar mahupun link.Then,depa LIKE sendiri.Nak lagi drastiknya depa merupakan orang pertama yang komen status,gambar mahupun link yang telah diupdate tadi.Yang lagi kesiannya,tak de sapa layan atau bagi feedback pada si pengguna tadi.Adoiyai,macam ini pun ada ka?.Tak cool gila!

RAGAM 2
Pengguna yang terlampau rajin nak mati.Sesecond saje dia da update status dia.Naknya lagi,apa dia buat semua dia bagitau.

'cakit pewotlah..'
1 minutes ago
'nak bewak rasanya..'
32 seconds ago

'dalam jamban neh..'
a few second ago

Please lah!even kau artis pun aku tak nak hamik tau.Takkan nak melabur pun nak habaq.Haiyak!

RAGAM 3

Menghantar pesanan kasih sayang melalui wall ke wall.Ini memang ranap lahabau punya.Beb..lu tak de henfon ka?.Setahu aku yang memang tahu neh,FB memang da sediakan IM.IM bukan maknanya Instant Manggi.Tapi dalam bahasa pasarnya mesej segera.Memang segeralah lu dapat pesanan kekasih.

'i rindu u lah bebi'
hassan mutalib,bukan nama sebenar
'i lagi rindu u gila babi punya bebi'
zaiton zalidan,pun bukan nama sebenar

Berlarutanlah benda neh di hantar wall ke wall.Semak weh!.Takkan lu sorang bercinta?.Takkan lu sorang ada balak?.Takkan lu sorang ada awek?.Paling gempaknya lagi bila time gaduh.Berlawan-lawanlah depa.

'ko neh memang jantan tak guna,menyesal aku kapel dengan ko!'
zaiton zalidan, bukan nama sebenar
 
'Pergi mam sama kau betina!'
hassan mutalib,pun bukan nama sebenar
 
Kencang kan?.
 
RAGAM 4
 
Tukar status relationship 2,3kali sehari macam makan ubat pun ada.
 
'Lina Comei is single'
32 minutes ago
 
Lepas tuh,ramailah yang komen tak kurangnya pulak yang like.Nak masuk line lah,nak ajak datelah.Tak abis sehari single..tup tup tup
 
'Lina Comei is in relationship with Man Jelangkung'
20 minutes ago
 
Kecewalah yang nak masuk line tadi.Ajenye he ehh!
 
RAGAM 5

Tagged gambar DUIT.Ajak buat bisnes.Beb..mana ada mudah gila nak dapat duit.Cerita pung pang habis.

'silalah klik link itu kalau nak kaya bla bla bla'

'saya ada bisnes nak bagi awak bukan MLM bla bla bla'

Yang percaya,terus terpedaya.Jenis neh rajin buat promo.Tak cukup tag gambar duit,hantar pulak mesej kat inbox.Explain habis beb wa cakap.Ingat aku caye ke?.

RAGAM 6

Hantar application hati lah,ciuman lah.Melambak-lambak.Apa kalau korang anta sebanyak mungkin boleh dapat share saham ke dengan facebook?.

Kalau nak diikutkan macam-macam ragam ada.Ada yang gaduh pakai face to book saja berani.Face to face tak mahu.Ada yang update status nak hot saja.Ada yang suka gosip pakai wall ke wall.Dulu aku tengok gadis saja rajin.Tapi sekarang boy-boy pun dah pandai.Tapi bila korang baca mesti korang akan cakap macam neh...

'AKU PUNYA FB,SUKA HATI AKULAH'.

pada siapa yang kata begini aku akan balas

'AKU PUNYA BLOG,SUKA HATI AKULAH NAK TULIS APA CIK BEDAH UIHHHH!'

gelap neh facebook hardcore

 kaki lima : dengar story,dr rozmey nak open DR BOOK.warna pink lagi tuh!auuu.

Monday, February 21, 2011

AYAHANDA..

1. Anak-anak first!.Yeah.Itulah ayah aku.Beliau akan mengutamakan anak-anak dalam segala hal.Kalau setiap hari raya,ayah memang tak pernah sekali ganti baju raya.Kalau muat disarung baju raya masa bujang,itulah yang akan disarungnya.Baginya,baju anak-anak lagi penting.  

2. Garang!.Haa..ini memang tak soh cakaplah.Paling aku ingat ayah pernah belasah aku kaw-kaw punya sampai aku terkencing atas tilam.Itupun sebab aku ketuk kepala adek aku je kot.Kalau nak diikutkan,masa tuh ayah darah panas.Muda lagilah katakan.Asal salah,habis ditempik.Matanya merah bagai saga.Peh.memang takutlah time tuh.Takat penampo,tali pingang memang tak de hal bagi aku.Sekarang,ayah dah tua.Jarang marah.

3.Pakai sampai tumpo.Itulah trademark ayah.Apa yang dibeli dan diguna mestilah  pakai sehabis mungkin.Teringat aku masa dedulu,ayah belikan beg.Masa tuh darjah satu,SWAN jenamanya.Masa baru memang tip top lah beg tuh.Tapi kalau dah pakai sampai darjah lima,rasa tak cool lah pada ketika itu.Aku pun apa lagi,gunting tali beg tuh dengan harapan ayah akan belikan beg baru yang lagi canggih.Tapi!.Alangkah kechiwanya,ayah jahit semula beg tuh.Tak dapetlah den beg baru.

4. Suara yang sangat sedap,lemak-lemak rasanya.Kalau boleh makan,konfem kenyang.Ayah memang suka menyanyi dari zaman beliau kecil lagi.Mula dari kenduri rumah orang kawin,then sampai ada band sendiri.Ayah gak pernah belajar vokal dengan Ahmad Nawab.Seguru dengan Jamal Abdillah.Terer kan?.Tapi rezeki ayah tak ada mungkin nak jadi artis.Kalau tak,glamer dah aku neh.Ayah tak putus asa.Segala macam pertandingan ayah masuk.Melambak-lambak piala ayah kat rumah neh.Sampai mak buang sebab semak rumah katanya.

ini bukan WALI band!

5. Kelakar.Ayah memang suka mengusik.Kekadang aksi spontan dia memang buat orang pecah perut.Kalau balik raya,ayahlah yang meriahkan suasana mengusik adik-adiknya,anak-anak buahnya.Kekawan aku kalau datang rumah,konfemlah kena usik.Mana yang tak tahan,makan jiwalah.

6. Mencarut.Seriously,memang benar.Kalau tengok bola,aumak!.Macam-macam keluar sampai patut kena samaklah.Kalau marah,lagi kerap dia keluar.Aku selalu gak kena.Wajib kot.Tapi bila sudah besar kena,rasa boleh keluar air mata sebab tak tahan.

7. Ringan tulang.Ayah memang suka tolong mak kat dapur.Bukan sekadar tolong tengok saja.Kalau balik dari pasar ayah akan siang ikan,basuh ayam,bungkus sayur.Time-time raya,ayah akan tolong mak buat kuih raya.Tapi ayah tak minat kemas rumah.kalau mak tinggalkan rumah balik kampung.Alamatnya rumah penuh salji debu.

8. Sangat sayang akan RXS nya.Motor neh memang lama gila berbakti pada ayah.Mungkin pada aku jugak.Dari zaman nak lahirkan aku sampai aku habis belajar motor tuh lah yang selalu angkut.Dah nak dekat 30 tahun lah rasanya.Tapi sekarang motor tuh tak leh tunjuk hebat atas jalan da,sebab roadtax tak leh hidup.Banyak saman.Kuang!kuang!kuang!.Ramai gak member-member aku yang nak beli motor tuh kat ayah aku.Tapi ayah aku tak nak jual.Tak sanggup berpisah dari RXS katanya.Boleh demam kot.

sebab motor neh orang panggil aku ROY!
9. Kena dengar radio sambil tidur.Kalau tak memang tak berapa nak lena.Kekadang mak tensen gak.Bising katanya.Ok lah tuh mak dari dapat laki kuat dengkur lagi batal.
10. ????
Apa-apa pun,ayah memang terbaik.Masih segar dalam kotak ingatan aku segala pengorbanan ayah.Kekadang rasa nak nanes pun ada sebab aku belum mampu bagi ayah apa-apa.
Saya sayang ayah!


dedi,dedi cool!dedi,dedi cool!
Kaki lima : menaip sambil dengar lagu Ahmad Jais-gelisah. 

Sunday, February 20, 2011

GADISKU....

Berdebar-debar hati Karim melihat wajah seorang gadis diseberang jalan tadi.Rambutnya tebal mengurai macam Fouziah Gous.Ditambah pula dengan lesung pipi yang ada naknya bak Preity Zinta.Ukuran badan yang boleh buat ramai jejaka phewitt!.Tapi siapakah gadis itu?.Masih menjadi tanda tanya pada Karim.Hari itu,Karim memang sudah gila bayang angkara gadis yang dilihatnya petang tadi ketika pulang kerja.

"Ah!celaka sungguh",Karim menghentak stering kereta.Melepaskan kesal.Kesal kerana tidak sempat bertegur sapa pada gadis tersebut.Gadis yang telah lama Karim idam-idamkan.

"Tak boleh jadi neh.Esok aku kena pergi kerja naik KTM.Itu saja caranya.Hendak seribu daya,tak hendak pergi mam saja",ngomel Karim seorang diri.

Bau cekodok pisang merentap jiwa Karim yang sedang berkocak.Lalu diikutnya bau cekodok tadi.Al-maklumlah perut sedang berkeroncong buat ana.Dapat pekena cekodok dengan kopi panas memang pergi habis.Ternampak perlakuan Bab yang sedang mengolek-golekkan cekodok di atas dapur.

"Waaa..bab rajin ko eh.Senang perut aku kalo macam neh ghupenye hee ehh.Umah sewa aku dulu pemalas lahabau punya penghuninya.Nak makan cekodok kena balik rumah sendiri suruh mak masak lah alamatnya",celoteh Karim sambil meniup-niup cekodok yang masih panas.

 "Bebudak tuh malas ke ko yang pemalas.Sama je pun mengkome semua",balas Bab.Karim hanya mampu tersengih-sengih seperti seluar dalam terkoyak tengah.


"Eh bab,tadi aku jumpa awek.Pehh..dia punya lawa macam neh wa cakap sama lu",Karim mengangkat ibu jarinya sambil membayang wajah gadis yang baru dilihatnya tadi.


"Dah tu?".


"Esok aku nak pergi kerja naik KTM,aku nak try gak dapat nombor awek tuh.Tak kira macam mana sekali pun.Oleh sebeb itu,aku memerintahkan engkau supaya menghantar aku esok pagi ke KTM",terang Karim panjang lebar pada Bab.Bab hanya mendengar.Malas mahu melayan karenah kawannya.Mahu hangus juga cekodok yang digorengnya nanti.




Pagi itu,Karim pergi kerja menaiki KTM.Matanya melilau-lilau mencari gadis impiannya.Tiada rezeki.Hanya itu yang mampu Karim rasakan buat masa ini.Gadis itu tidak muncul-muncul dari pandangan kasarnya.


Tepat pukul 5.30 petang,Karim bergegas ke KTM.Habis semua manusia disana diredahnya.Matanya memulakan tugas.Pandang sana...tiada.Pandang situ..tiada.Apakah yang dilihatnya petang semalam adalah satu ilusi atau kenyataan?.Karim mula berfikir.Orang ramai semakin mula berebut-rebut untuk memasuki pintu keretapi.


"Mungkin di coach wanita?",getus Karim.


Karim terus berlari menuju ke coach wanita.Tepat sekali jangkaannya.Memang gadis idamannya menaiki gerabak merah jambu itu.Malangnya lagi,gadis tersebut telah pun memasuki gerabak keretapi tersebut.Karim hanya mampu melihat gadis tersebut dari luar pintu sahaja.


Melepaslah lagi...

"Tak pe.tak pe.At least,aku sudah tahu dimana mau tunggu esok",Karim memotivasikan dirinya.Hendak barang kualiti bagus,kena bersusah dulu.Mana mahu dia lepaskan gadis rupawan itu.Kalau boleh mahu saja tiap malam dia bermimpikan gadis itu.Tapi apakan daya,mimpinya gelap gelita dek kerana tidur mati tak bersedar.

Selang beberapa hari selepas kejadian,Karim baru menaiki KTM semula.Dia terpaksa berbuat begitu kerana Bab outstation.Bukan Karim tidak mahu meninggalkan keretanya di KTM,tapi dia tidak percaya pada keselamatan di sana.Lebih baik sediakan payung sebelum baju basah.


Jam sudah menunjukkan 5.00 petang.Hari ini,Karim keluar awal seperti biasa.Nak berperang,kena bersedia awal.Kali ini dia tidak mahu terlepas lagi seperti hari-hari yang lepas.


Sejam sudah berlalu,namun kelibat si gadis berlesung pipi itu tidak kelihatan.Karim mula benkeng.Tak tahan menunggu.Macam menunggu doyan luruh dari pokoknya.


Bibir Karim mula menguntum senyuman.Sampai ke telinga barangkali.Satu per satu langkah diatur.Kemas dan padat.Karim memang pandai mengayat gadis-gadis.Ditambah pula,wajahnya memang kacak nak mati.


Gadis yang selama ini Karim cari kini berada di depan .Gadis itu mengibas-gibaskan rambutnya,sesekali termasuk ke dalam mulut Karim rambut gadis tersebut.Itu semua tidak mengapa bagi Karim.


Karim mula memberanikan diri bergerak ke depan memperlihatkan dirinya oleh gadis tersebut.Gadis itu tersenyum pada Karim.Cantik.Sangat cantik.Karim mula cair.Terasa seperti diawang-awangan.


"You...kenapa tengok-tengok I neh?",Gadis tadi mula membuka mulut menyapa manja.Nyawa Karim seperti tercabut dari badan mendengarkan suara 'gadis' tersebut yang garau dan parau.


"Makkkk!!",Karim menjerit.Disangkakan gadis tulen rupa-rupanya nyah.Kepala Karim pusing.Tekaknya tak mampu mengawal gelodak perasaan.Akhirnya,karim muntah disitu.Percariannya berakhir disitu.Noktah.




GLUP!


kaki lima:nyah sekarang cantek-cantek ouhh..

Saturday, February 19, 2011

JASAD KAKU...

Terbaring satu jasad kaku lesu tidak bermaya,
Pada wajahnya melakar hidup penuh derita,
Pada bibirnya kering tiada tawa,
Pada jarinya kasar dimakan seksa,
Pada matanya terlihat dosa-dosa,
Jasad itu masih kaku tidak bermaya,
Terbaring menunggu hari matinya..... 


Kaki lima : percubaan pertama berkarya.

Friday, February 18, 2011

SURAT UNTUK MAK..

MAK...
banyak aku ingin katakan padamu mak,
MAK...
ingin kurasa pelukan hangatmu ketika aku bersedih,


MAK...
kucupanmu penuh kasih sayang aku perlukan,
MAK,
masihkah mak ingat ketika aku berumur 8tahun dulu,
butang kancing kain ku tecabut,
aku tak tahu menjahitnya,
waktu itu mak tengah menjahit butang baju adik,
tapi mak tak mahu menolongku,
aku hiba.


MAK,
disaat orang-orang memuji peribadiku,
mak selalu menyangkal,
mak katakan aku bukan begitu,
aku kecewa.


MAK,
selalu memuji anak-anak orang lain,
mak katakan mereka cantik,
berduit,
kerja bagus,
tapi mak selalu kata aku sebaliknya,
aku terasa.


MAK,
adakalanya aku ingin berbual mesra bersamamu,
bercerita tentang hidup ku,
aku tak mampu.


MAK,
walaubagaimanapun..
aku tetap sayangkan MAK.
dunia akhirat aku hanya engkau seorang MAK. 




Kaki lima : saya sayang mak saya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...