Tuesday, February 22, 2011

RAGAM SI MUKABUKU

Facebook ataupun dalam bahasa kampungya mukabuku memang da femes.Orang hulu pun boleh update status sebelum pergi menoreh.Penangan facebook neh memanglah sangat hebat.Boleh temu jodoh,silap haribulan boleh bina masjid.Tak kurangnya juga boleh cerai sampai talak entah berapa entah.Jangan tak juga,boleh temu ajal.Hebat tak hebat facebook neh.

Bagi aku,FB neh macam sebuah drama yang korang boleh tengok secara siaran langsung,lepaih tuh tak berbayar lagi penuh dramatik.Macam-macam ada!.Kalau aku tak tulis neh pun,konfem korang penah alami semua neh.
RAGAM 1

Jenis pengguna yang SS.Depa update segala jenis macam status,gambar mahupun link.Then,depa LIKE sendiri.Nak lagi drastiknya depa merupakan orang pertama yang komen status,gambar mahupun link yang telah diupdate tadi.Yang lagi kesiannya,tak de sapa layan atau bagi feedback pada si pengguna tadi.Adoiyai,macam ini pun ada ka?.Tak cool gila!

RAGAM 2
Pengguna yang terlampau rajin nak mati.Sesecond saje dia da update status dia.Naknya lagi,apa dia buat semua dia bagitau.

'cakit pewotlah..'
1 minutes ago
'nak bewak rasanya..'
32 seconds ago

'dalam jamban neh..'
a few second ago

Please lah!even kau artis pun aku tak nak hamik tau.Takkan nak melabur pun nak habaq.Haiyak!

RAGAM 3

Menghantar pesanan kasih sayang melalui wall ke wall.Ini memang ranap lahabau punya.Beb..lu tak de henfon ka?.Setahu aku yang memang tahu neh,FB memang da sediakan IM.IM bukan maknanya Instant Manggi.Tapi dalam bahasa pasarnya mesej segera.Memang segeralah lu dapat pesanan kekasih.

'i rindu u lah bebi'
hassan mutalib,bukan nama sebenar
'i lagi rindu u gila babi punya bebi'
zaiton zalidan,pun bukan nama sebenar

Berlarutanlah benda neh di hantar wall ke wall.Semak weh!.Takkan lu sorang bercinta?.Takkan lu sorang ada balak?.Takkan lu sorang ada awek?.Paling gempaknya lagi bila time gaduh.Berlawan-lawanlah depa.

'ko neh memang jantan tak guna,menyesal aku kapel dengan ko!'
zaiton zalidan, bukan nama sebenar
 
'Pergi mam sama kau betina!'
hassan mutalib,pun bukan nama sebenar
 
Kencang kan?.
 
RAGAM 4
 
Tukar status relationship 2,3kali sehari macam makan ubat pun ada.
 
'Lina Comei is single'
32 minutes ago
 
Lepas tuh,ramailah yang komen tak kurangnya pulak yang like.Nak masuk line lah,nak ajak datelah.Tak abis sehari single..tup tup tup
 
'Lina Comei is in relationship with Man Jelangkung'
20 minutes ago
 
Kecewalah yang nak masuk line tadi.Ajenye he ehh!
 
RAGAM 5

Tagged gambar DUIT.Ajak buat bisnes.Beb..mana ada mudah gila nak dapat duit.Cerita pung pang habis.

'silalah klik link itu kalau nak kaya bla bla bla'

'saya ada bisnes nak bagi awak bukan MLM bla bla bla'

Yang percaya,terus terpedaya.Jenis neh rajin buat promo.Tak cukup tag gambar duit,hantar pulak mesej kat inbox.Explain habis beb wa cakap.Ingat aku caye ke?.

RAGAM 6

Hantar application hati lah,ciuman lah.Melambak-lambak.Apa kalau korang anta sebanyak mungkin boleh dapat share saham ke dengan facebook?.

Kalau nak diikutkan macam-macam ragam ada.Ada yang gaduh pakai face to book saja berani.Face to face tak mahu.Ada yang update status nak hot saja.Ada yang suka gosip pakai wall ke wall.Dulu aku tengok gadis saja rajin.Tapi sekarang boy-boy pun dah pandai.Tapi bila korang baca mesti korang akan cakap macam neh...

'AKU PUNYA FB,SUKA HATI AKULAH'.

pada siapa yang kata begini aku akan balas

'AKU PUNYA BLOG,SUKA HATI AKULAH NAK TULIS APA CIK BEDAH UIHHHH!'

gelap neh facebook hardcore

 kaki lima : dengar story,dr rozmey nak open DR BOOK.warna pink lagi tuh!auuu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...