Saturday, April 23, 2011

TAHNIAH ENCIK ABANG BESAR!

Di sini gua ingin mengucapkan..

TAHNIAH! 
(disertakan sound efek bunga api)

buat encik abang besar yang sudah grad!


Alhamdulillah,lu sudah pun grad ilmu dunia bagi peringkat diploma.Gua juga berharap lu dapatlah grad ilmu akhirat mana-mana yang lu dah terlepas ketika mengejar ilmu dunia.Bukan apa,ilmu dunia akhirat perlu ada dalam dada agar lu boleh jadi insan yang berjaya di hari muka kelak.InsyaAllah.
Moga dapat kerja,murah rezeki dan segala urusan dipermudahkan.



ehem ehem nama kolej dah RETI,tak RETI RETI lagi ke pass bunga tuh kat gua :)

Gua tujukan lagu neh untuk lu,



Kaki busuk:kata ari tuh diet,asal gua tengok macam tak diet pun.


NASI GORENG BELACAN VERSI GUA SI BUJANG.

Weekend macam neh kalau masak air tangan sendiri memang pergi.So,gua cadang nak masak NASI GORENG BELACAN.Lagipun,tukang masak mogok ari neh.So,gua terpaksa mengunakan tangan gua yang lembut neh untuk mengisi perut.

Anak dara kat luar sana mesti ada yang tak tahu nak masak nasi goreng berlacan.Meh,gua ajar nasi goreng belacan versi gua.Sempoi je.Dalam setengah jam,dah setle siap dengan cuci pinggan mangkuk sekali.

Dari gua bebel panjang panjang adalah baik gua straight to the point!

Bahan bahan:


2 mangkuk nasi sejuk


3 ulas bawang putih yang sudah diketuk


 
7 biji cili api(kalo nak pedas boleh belasah sampai puluh biji pun)+bawang besar sebiji+belacan sebesar ibu jari+udang kering sedikit=blender kesemuanya sekali.

Caranya:

BACA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM terlebih dahulu...
Panaskan kuali dan taruk 4 sudu besar minyak.



Masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi dan tumis sehingga kekuningan.Kalau hitam tuh,tandanya hangus gila!


Masukkan bahan yang telah diblender tadi.


Then,tumis sehingga naik bau dan kering.(kat sini angpa ada dugaan sikit iaitu akan selalu bersin,al maklumlah belacan kan.So,baik tutup mulut tuh eh)



Masukkan sebiji telur ayam,pastikan yang original!.Dan gaul sehingga nampak akan akan lembab lembab kering.


Dan lastly,masukkan nasi sejuk tadi dan gaul hingga rata.Eh,jangan lupa masukkan garam secukup rasa latifah oiii!



 Gaul jangan tak gaul!



Setelah siap,sila padam api dapur.Takut terbakar pulak rumah ko kang cik jenab.



TADAA!.inilah nasi goreng belacan versi gua yang bujang.Pastikan ianya ditambah dengan rasa kasih sayang!.


Pekena nasi goreng dengan teh o ais limau memang ummph!


 Testimoni seorang perasa

Kaki busuk : Lepas gua nak kahwin neh :)

Friday, April 22, 2011

ZILA BAKARIN VERSI GUA!

Selalu kalo gua bangun nak solat subuh,gua akan mencerminkan diri gua.Kekadang gua nampak muka gua macam neh,



 LISA SURIHANI :)

Kekadang begini pula,
JENIFER LOPEZ :D

Gua rasa cermin bilik gua neh milik mak tiri snow white agaknya ke rupa gua memang macam neh?.haha.

Pagi tadi,macam biasa rutin gua bangun pagi akan lihat cermin dulu..tetiba gua nampak muka gua serupa macam neh,




macam macam

ZILA BAKARIN!

lagi sekali gua cakap,

ZILA BAKARIN!!

Oke,gua tak puas hati.Gua amik masa 10minit. Apasal muka gua sama macam zila bakarin.Apasal?!.Gua tak cucuk botox pun kat bibir gua.Tak cucuk oke!.Binatang mana yang cemolot bibir gua sampai jadi bengkak tahap gila punya sakitnya.Ah,tidak!.



macam neh ghupe gua sekarang!



Wednesday, April 20, 2011

NAK CUN ATAU ADA OTAK?

Ini story sudah lama berlalu..

Berikut adalah perbualan aku dengan seorang mamat.

Aku:Ada dua orang gadis.Satu cun,tapi bengap.Satu lagi tak cun tapi pandai.Andai kata itu pilihan terakhir,lu nak pilih yang mana?


Dia:Erm..erm..mestilah cun!


Aku:sebab?


Dia:Bercinta bukan pakai otak pun.


Aku:ouhhhh...patutlah lu selalu break up.(sambil ketawa besar macam setan)


Bagi aku,nak bercinta memang kena pakai otak.Bayangkanlah bila angpa duk tanya pasangan angpa soalan dan jawapannya hanya satu 'tak tahu' dan 'tak tahu'.Boleh kena santau tetiba kang.Bengap tahap nak mati punya orang.




Monday, April 18, 2011

BISNES ONLINE!

 
Gua cadang nak buat bisnes online.cari duit buat bayar hutang.takat nak jual selendang dah melambak lambak.apa kata jual daun ketum.konfem macam goreng pisang panas.daun kesum pun gua akan jual buat mak cik nak masak laksa.janji hutang terbayar.*dijamin sampai esok*
 
Kaki lima:neh sume gara-gara nak bayar hutang.Fikiran pun tak berapa nak pandai.

KERJA KOSONG!

Dua hari lepas punya story,
Hanset Nokia aku berbunyi mengikut tone standart menandakan ada mesej masuk.

'Beb,gua ada kerja kosong'.-dari samdol(bukan nama sebenar)

Aku mula tersenyum tanda suka dengan mesej tersebut.Ha..baru tau aku pun ada kabel.Dengan laju aku balas:

'Kerja apa?'.

ringkas balasnya menandakan aku serius.Dalam barang 10minit aku tunggu.Dasar taip pakai ibu jari kaki agaknya.Lembab.

Tet tet tet..(sila buat bunyi ikut nada standart nokia).

'Kerja isi kekosongan hati gua neh.Dah lama tak ada isi.:)'

Cilaka punya samdol.

'Pergi jahanam'.

Samdol terus senyapkan diri hingga ke hari ini.

Kaki lima:jangan men men dengan gua pasal kerja.

Sunday, April 17, 2011

SURAT LAYANG UNTUK MARK ZUCKERBERG ...

Kepada Mark Zuckerberg,

Gua tulis surat neh bukan nak cakap i lebiu atau apa-apa.Gua nak bagi cadangan sikit dekat lu.Ada baiknya lu mansuhkan sistem IM kat facebook tuh.Nak tau sebab apa?.Sebab gua dah jenuh nengok news feed gua penuh dengan sembang wall ke wall,kalau takat satu dua gua boleh tangani dengan tangan gua je.Ini sembang berjela jela pasal gosip la,jantan la,tuh belom masuk pasal gado dengan balak,lagi hawo.Ah,gua memang dah tak larat.Nak hide kang,memember pulak.Nak tegur kang,takut sentap.Jadi,ada baiknya gua amik inisentif tulis surat dekat lu.Bebudak neh,dah tak nak pakai lu punya IM.Kalau tak de IM,depa duk sembang wall ke wall baru gua boleh terima budaya tersebut.

Diharap,lu pertimbangkan cadangan gua neh.

Harap maklum.cau!
 Yang Benar,
Pengguna FB.




Kaki lima:sape rasa apa gua rasa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...