Saturday, April 23, 2011

NASI GORENG BELACAN VERSI GUA SI BUJANG.

Weekend macam neh kalau masak air tangan sendiri memang pergi.So,gua cadang nak masak NASI GORENG BELACAN.Lagipun,tukang masak mogok ari neh.So,gua terpaksa mengunakan tangan gua yang lembut neh untuk mengisi perut.

Anak dara kat luar sana mesti ada yang tak tahu nak masak nasi goreng berlacan.Meh,gua ajar nasi goreng belacan versi gua.Sempoi je.Dalam setengah jam,dah setle siap dengan cuci pinggan mangkuk sekali.

Dari gua bebel panjang panjang adalah baik gua straight to the point!

Bahan bahan:


2 mangkuk nasi sejuk


3 ulas bawang putih yang sudah diketuk


 
7 biji cili api(kalo nak pedas boleh belasah sampai puluh biji pun)+bawang besar sebiji+belacan sebesar ibu jari+udang kering sedikit=blender kesemuanya sekali.

Caranya:

BACA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM terlebih dahulu...
Panaskan kuali dan taruk 4 sudu besar minyak.



Masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi dan tumis sehingga kekuningan.Kalau hitam tuh,tandanya hangus gila!


Masukkan bahan yang telah diblender tadi.


Then,tumis sehingga naik bau dan kering.(kat sini angpa ada dugaan sikit iaitu akan selalu bersin,al maklumlah belacan kan.So,baik tutup mulut tuh eh)



Masukkan sebiji telur ayam,pastikan yang original!.Dan gaul sehingga nampak akan akan lembab lembab kering.


Dan lastly,masukkan nasi sejuk tadi dan gaul hingga rata.Eh,jangan lupa masukkan garam secukup rasa latifah oiii!



 Gaul jangan tak gaul!



Setelah siap,sila padam api dapur.Takut terbakar pulak rumah ko kang cik jenab.



TADAA!.inilah nasi goreng belacan versi gua yang bujang.Pastikan ianya ditambah dengan rasa kasih sayang!.


Pekena nasi goreng dengan teh o ais limau memang ummph!


 Testimoni seorang perasa

Kaki busuk : Lepas gua nak kahwin neh :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...