Saturday, April 23, 2011

TAHNIAH ENCIK ABANG BESAR!

Di sini gua ingin mengucapkan..

TAHNIAH! 
(disertakan sound efek bunga api)

buat encik abang besar yang sudah grad!


Alhamdulillah,lu sudah pun grad ilmu dunia bagi peringkat diploma.Gua juga berharap lu dapatlah grad ilmu akhirat mana-mana yang lu dah terlepas ketika mengejar ilmu dunia.Bukan apa,ilmu dunia akhirat perlu ada dalam dada agar lu boleh jadi insan yang berjaya di hari muka kelak.InsyaAllah.
Moga dapat kerja,murah rezeki dan segala urusan dipermudahkan.



ehem ehem nama kolej dah RETI,tak RETI RETI lagi ke pass bunga tuh kat gua :)

Gua tujukan lagu neh untuk lu,



Kaki busuk:kata ari tuh diet,asal gua tengok macam tak diet pun.


NASI GORENG BELACAN VERSI GUA SI BUJANG.

Weekend macam neh kalau masak air tangan sendiri memang pergi.So,gua cadang nak masak NASI GORENG BELACAN.Lagipun,tukang masak mogok ari neh.So,gua terpaksa mengunakan tangan gua yang lembut neh untuk mengisi perut.

Anak dara kat luar sana mesti ada yang tak tahu nak masak nasi goreng berlacan.Meh,gua ajar nasi goreng belacan versi gua.Sempoi je.Dalam setengah jam,dah setle siap dengan cuci pinggan mangkuk sekali.

Dari gua bebel panjang panjang adalah baik gua straight to the point!

Bahan bahan:


2 mangkuk nasi sejuk


3 ulas bawang putih yang sudah diketuk


 
7 biji cili api(kalo nak pedas boleh belasah sampai puluh biji pun)+bawang besar sebiji+belacan sebesar ibu jari+udang kering sedikit=blender kesemuanya sekali.

Caranya:

BACA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM terlebih dahulu...
Panaskan kuali dan taruk 4 sudu besar minyak.



Masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi dan tumis sehingga kekuningan.Kalau hitam tuh,tandanya hangus gila!


Masukkan bahan yang telah diblender tadi.


Then,tumis sehingga naik bau dan kering.(kat sini angpa ada dugaan sikit iaitu akan selalu bersin,al maklumlah belacan kan.So,baik tutup mulut tuh eh)



Masukkan sebiji telur ayam,pastikan yang original!.Dan gaul sehingga nampak akan akan lembab lembab kering.


Dan lastly,masukkan nasi sejuk tadi dan gaul hingga rata.Eh,jangan lupa masukkan garam secukup rasa latifah oiii!



 Gaul jangan tak gaul!



Setelah siap,sila padam api dapur.Takut terbakar pulak rumah ko kang cik jenab.



TADAA!.inilah nasi goreng belacan versi gua yang bujang.Pastikan ianya ditambah dengan rasa kasih sayang!.


Pekena nasi goreng dengan teh o ais limau memang ummph!


 Testimoni seorang perasa

Kaki busuk : Lepas gua nak kahwin neh :)

Friday, April 22, 2011

ZILA BAKARIN VERSI GUA!

Selalu kalo gua bangun nak solat subuh,gua akan mencerminkan diri gua.Kekadang gua nampak muka gua macam neh,



 LISA SURIHANI :)

Kekadang begini pula,
JENIFER LOPEZ :D

Gua rasa cermin bilik gua neh milik mak tiri snow white agaknya ke rupa gua memang macam neh?.haha.

Pagi tadi,macam biasa rutin gua bangun pagi akan lihat cermin dulu..tetiba gua nampak muka gua serupa macam neh,




macam macam

ZILA BAKARIN!

lagi sekali gua cakap,

ZILA BAKARIN!!

Oke,gua tak puas hati.Gua amik masa 10minit. Apasal muka gua sama macam zila bakarin.Apasal?!.Gua tak cucuk botox pun kat bibir gua.Tak cucuk oke!.Binatang mana yang cemolot bibir gua sampai jadi bengkak tahap gila punya sakitnya.Ah,tidak!.



macam neh ghupe gua sekarang!



Wednesday, April 20, 2011

NAK CUN ATAU ADA OTAK?

Ini story sudah lama berlalu..

Berikut adalah perbualan aku dengan seorang mamat.

Aku:Ada dua orang gadis.Satu cun,tapi bengap.Satu lagi tak cun tapi pandai.Andai kata itu pilihan terakhir,lu nak pilih yang mana?


Dia:Erm..erm..mestilah cun!


Aku:sebab?


Dia:Bercinta bukan pakai otak pun.


Aku:ouhhhh...patutlah lu selalu break up.(sambil ketawa besar macam setan)


Bagi aku,nak bercinta memang kena pakai otak.Bayangkanlah bila angpa duk tanya pasangan angpa soalan dan jawapannya hanya satu 'tak tahu' dan 'tak tahu'.Boleh kena santau tetiba kang.Bengap tahap nak mati punya orang.




Monday, April 18, 2011

BISNES ONLINE!

 
Gua cadang nak buat bisnes online.cari duit buat bayar hutang.takat nak jual selendang dah melambak lambak.apa kata jual daun ketum.konfem macam goreng pisang panas.daun kesum pun gua akan jual buat mak cik nak masak laksa.janji hutang terbayar.*dijamin sampai esok*
 
Kaki lima:neh sume gara-gara nak bayar hutang.Fikiran pun tak berapa nak pandai.

KERJA KOSONG!

Dua hari lepas punya story,
Hanset Nokia aku berbunyi mengikut tone standart menandakan ada mesej masuk.

'Beb,gua ada kerja kosong'.-dari samdol(bukan nama sebenar)

Aku mula tersenyum tanda suka dengan mesej tersebut.Ha..baru tau aku pun ada kabel.Dengan laju aku balas:

'Kerja apa?'.

ringkas balasnya menandakan aku serius.Dalam barang 10minit aku tunggu.Dasar taip pakai ibu jari kaki agaknya.Lembab.

Tet tet tet..(sila buat bunyi ikut nada standart nokia).

'Kerja isi kekosongan hati gua neh.Dah lama tak ada isi.:)'

Cilaka punya samdol.

'Pergi jahanam'.

Samdol terus senyapkan diri hingga ke hari ini.

Kaki lima:jangan men men dengan gua pasal kerja.

Sunday, April 17, 2011

SURAT LAYANG UNTUK MARK ZUCKERBERG ...

Kepada Mark Zuckerberg,

Gua tulis surat neh bukan nak cakap i lebiu atau apa-apa.Gua nak bagi cadangan sikit dekat lu.Ada baiknya lu mansuhkan sistem IM kat facebook tuh.Nak tau sebab apa?.Sebab gua dah jenuh nengok news feed gua penuh dengan sembang wall ke wall,kalau takat satu dua gua boleh tangani dengan tangan gua je.Ini sembang berjela jela pasal gosip la,jantan la,tuh belom masuk pasal gado dengan balak,lagi hawo.Ah,gua memang dah tak larat.Nak hide kang,memember pulak.Nak tegur kang,takut sentap.Jadi,ada baiknya gua amik inisentif tulis surat dekat lu.Bebudak neh,dah tak nak pakai lu punya IM.Kalau tak de IM,depa duk sembang wall ke wall baru gua boleh terima budaya tersebut.

Diharap,lu pertimbangkan cadangan gua neh.

Harap maklum.cau!
 Yang Benar,
Pengguna FB.




Kaki lima:sape rasa apa gua rasa?

HUSIN,MON DAN JIN PAKAI TONCIT!SERIUS WAJIB TENGOK!

Demam Kak Limah Balik Rumah belu habis reda lagi,Mamat khalid sudah bikin filem baru kesimpulan bagi cerita Kak Limah.

Menengokkan thriller dia,sumpah aku tonton filem neh!.Cepatlah kuo weyh!
HUSIN,MON DAN JIN PAKAI TONCIT!



HAHAHAH!cilaka je.

Saturday, April 16, 2011

BILA RASA SANGAP BERTUKAR KEMPUNAN...

KES SATU


Masa bulan pose entah bila punya tahun tapi masih berbekas sangapnya dalam hati aku neh.Nak dijadikan cerita aku teringin nak makan rangka ayam.Maka,aku suruh apak aku yang pi bazar belikan aku serangka ayam untuk aku santap lepas berbuka nanti.Jenis aku memang suka simpan ayam goreng dalam peti ais.Rasanya macam kurang berminyak sikit dan sejuk sejuk.Lepas solat terawikh,aku pun dengan laju menuju peti ais dimana aku makamkan serangka ayam aku.Alangkah jahanamnya bila aku tengok rangka ayam telah habis betul betul jadi rangka dalam bakul sampah.Sumpah,aku mengamuk naik gila lepas tuh.Kempunan sial!




KES DUA



Aku dengan abang besar pi pasar malam.Aku neh memang jarang pergi pasar malam.Selalunya harapkan abang besarlah yang bawak.Tengah duk jalan-jalan nampak kue tepung gomak.Bukan senang nak cari kue legend neh.Nak kena tunggu bulan pose baru dapat.Memadangkan bulan neh bulan tak pose,maka aku pun dengan lajunya pergi beli dalam RM2.Febret aku tuh dowh!.Habis soping dekat pasar,aku dan si abang besar neh pi bank islam pasai aku nak settlekan hal transfer duit pakai tenet.Abang besar aku arahkan duduk kat motor jaga hasil soping kat pasar tadi.Settle je hal bank,terus aku keluar.Dalam masa sama,aku nampak tepi bibir abang besar ada serpihan tepung tepung sikit.Ah!mungkin dia makan tepung gomak aku.Takat 2,3ketul tak de hal lah.Takkan nak main kira kira sangat.Aku usha barang dalam raga.Sebab dah tak sabar nak pekena tepung gomak.


'Eh,mana tepung gomak gua?',tanya aku.Situasi masa tuh macam ada bakground lagu sedeh drama umpama anak kurang ajar dengan mak bapak.


'Habis',abang besar kasi jawapan spontan tanpa perasan air mata aku bertakung.


'La,takkan habis kot?.RM2 gua beli kot.Itu kue febret gua.Dah lama gua sangap nak makan'.


'La,ingatkan lu beli untuk gua tadi.Ini pun kue febret gua gak',balas abang besar lagi.Luluh gila hati aku.


'Tapi,takkan lu hentam sampai RM2 kasi habis',sambung aku tak puas hati.Bengang gila punya tahap nak tumbuk-tumbuk perut abang besar.Terus aku tak nak cakap dengan dia.


Kempunan weyh!kempunan!


Kaki lima:sebenarnya banyak lagi kes kempunan terhadap aku.tetiba sakit hati pulak nak tulis.haha.

LUPA TARIKH!

Politeknik Shah Alam,kejadian berlaku pagi,Sem 3,paper MATH

Masa tuh hari pertama final exam bagi sem 3.Paper waktu tuh aku nak jawab adalah Matematik entah kod berapa subject tuh aku tak berapa nak ingat dah.Pen mata bebola berjenama faber castell,pemadam,pensel tekan jenama pilot,liquid paper,pembaris sudah cukup ada dalam poket blazer aku.Ilmu di dada pun sudah penuh.Memang cgpa 4.00 dalam tanganlah kiranya subject neh.

Kaki kanan aku melangkah masuk ke dalam dewan.Eksperasi wajah aku memang sangat tenang waktu tuh.Pensyarah sudah mula melemparkan kertas pada setiap satu meja disertakan dengan kertas jawapan barang 2,3helai.Ye..aku masih tenang sehingga....
'Sila isikan borang kehadiran yang terlekat pada kertas soalan dan koyak letak di tepi meja belah kanan kamu semua',kata seorang pensyarah wanita yang pendek pendek ketinggiannya.

Masa isi borang tuh,aku lihat ada ruangan nama,nombor matrik,tarikh dan jabatan.Yang lain memang gampang untuk aku isi dalam 5saat lebih aku sudah siap.Masalahnya TARIKH!.Diulang dalam keadaan lontaran suara yang tinggi TARIKH!.Aku memang basah basah sikit bab tarikh.Memang susah nak ingat.Ah!sudah.Kang tak isi,takut kedatangan aku kena reject.Maka,aku pun pergi tanya member sebelah.
'Psitt..psitt..tarikh?'tanya aku separuh berbisik.Member aku buat muka bengap bengap sikit.Macam apa yang aku nak sampaikan memang tak sampai pada dia.Dia hanya mampu letak jari telunjuk dekat bibir tanda suruh aku diam.Jahanam,bukan itu yang aku mahukan.

'Sila jangan bercakap,dan jangan buka kertas soalan',arah lagi pensyarah tadi.

Aku tak puas hati.Aku tanya lagi member aku tadi.Masa member aku tengah jawab soalan bodo aku tetiba pensyarah pendek pendek tadi keluar lagi soundnya.

'Ha..yang pakai tudung hitam tuh!'.level suara dia agak tinggi dari yang sebelumnya.Aku buat tak reti.Ye,memang aku pakai tudung hitam waktu tuh tapi ada lagi sorang awek yang pakai tudung hitam.

'Kamulah!buat tak reti eh.Kan saya da cakap jangan bercakap.Kamu cakap gak.Degil!Pergi keluar sekarang!',cakap pensyarah tuh sambil tunjuk tunjuk ke arah aku.Gila!ini memang gila.Aku kena halau dari dewan exam masa exam lagi 5minit nak mula.Ah!sudah.Harapan nak dapat 4.00 tadi dah kempis macam perut Osman Kering.

Walaubagaimanapun,aku buat muka cool dan terus blah dari dewan.Masa kat luar ada barang 2,3 orang member aku yang tengah kelam kabut akibat datang lambat.

'Beb,tolong gua beb.Gua kena halau.Macam mana neh?.habislah kalo mak bapak gua tau',sifat yang cool tadi serta merta berubah jadi sadis ya amat.Berlagak ekau tadi eh!.

'La,ko gi cal cik poji suruh dia basuh sikit lec yang halau ko tuh.Ko neh harapan dia.Konfem dia tolong',kata ayish pada aku.Bagi idea nak perabiskan kredit aku je.Tuh mau aku kena tunggu 2jam,tunggu si poji tuh.Hancur!hancur!.Exam dah setgh jam berlalu.Tetiba lec tuh keluar...

'Ha.masuk!'.Eleh pujuk aku la tuh.Aku pun tanpa buang masa,terus masuk.Masa lec tuh pandang hak lain.Aku sempat gak bagi sedas dua jelir lidah dekat beliau.Macam Roy dalam gila-gila remaja tuh.

Akhirnya,aku berjaya jugak jawab soalan math tanpa ada sebiji soalan un yang tinggal.

Politeknik Shah Alam,kejadian dalam pukul 8 lebih,sem5

'Saya akan mengajar kamu subjek Pneumatik dan Hidraulik bagi sem neh',kata seorang lec yang agak kecik saiznya.

'Ha!kamu yang penah saya halau dulu kan.Yang degil tuh.'

Ah!masak aku.Lec tuh ajar aku pulak.Deritalah aku satu sem neh.Bungkus!.
Kaki lima : Mula-mula dia memang 'M' aku abis-abis.Lepas tuh,dia suka aku sebab aku pandai buat litar.Oleh itu,kita memang kena pandai nak amik ati lec.selamat aku!.
 

Thursday, April 14, 2011

LUPA BERSYUKUR..

Dulu time studi,kalo datang kelas saja..konfem akan ada seorang pencerita yang suka gosip pasal rancangan telibisyen atau drama yang depa duk tengok semalam.

'Eh,ko tengok tak cerita doraemon semalam?.'
'tengok,tengok,doreamon ada alat baru ouwwh'.
'A'ah kan.bes la kalo kita ada doreamon satu'.
Peh..perbualan tadi mungkin untuk budak sekolah rendah.Kalau masuk U depa duk gosip pasal doraemon lagi,konfem ada masalah tumbesaran.

Nak dijadikan cerita,member aku neh suka nengok rancangan BERSAMAMU.Aku pun tak faham kenapa?.Sebab dulu aku penah tengok kejap.Lepas tuh,aku tengok yang susah-susah tuh semua anak ramai,then aku tak suka tengok kesusahan orang.Buat runtun jiwa,tapi aku tak leh nak tolong apa-apa.So,aku tak layan.Sampai member aku cerita ada yang makan siput babi sebab susah sangat.Peh..dasat.

Sejak semenjak neh,aku rasa hidup aku macam susah gila.Buka beg dompet,aku tiup kua habuk.Bau duit pun tak de.Cis,gila cilaka.Bukak tabung,tingal bau duit syiling je.Tambah pula,aku bengang pasal tak dapat-dapat kerja.Ramai jugak aku dengar cerita memember aku yang tanam anggur .Tapi mak bapak depa macam kasi impak positif dan cakap slow talk dengan anak depa percaya yang itu semua rezeki.Lain pulak mak bapak aku,yang duk hentam aku,tegur pun suara pakai high key.Abang besar?,dengan dunia dan hidup beliau.Malas aku nak kacau.Rasa macam LOSER gila punya.Serius adakah aku sampah?.Ah!


Hari Rabu lepas,macam biasa kala malam menjelma aktiviti aku tengok telibsyen lah.Masa tuh rancangan telibsyen tak berapa nak kick.Nak tak nak,aku paksa diri aku nengok BERSAMAMU.


Mula-mula rancangan,dia duk tunjuk pasal ada orang sakit kulit teruk yang memang tak ada ubat.Secara seriusnya,aku mula pegun depan telibsyen nak tengok nasib beliau.Ramai orang tak nak dekat dengan beliau.Beliau juga kata,ramai  yang ejek beliau dek kerana rupa dan penyakit kulit yang beliau alami.Serius shit!pada sape yang duk kutuk-kutuk beliau.Tak patut.Macam inikah 1Malaysia?.


Then,beliau tunjuk family beliau.Ghupenya,beliau ada anak yang sakit teruk.Aku pun lupa sakit apa tapi melihatkan perut anak beliau yang membesar,aku rasa bertambah kesian.Last rancangan tuh,anak kepada beliau meninggal dunia.Masa anak beliau hembuskan nafas terakhir siap rancangan tunjuk lagi.Memang sedih habis.Lama juga aku pikir.Aku tenung.


Rupanya ada orang yang lagi lagi lagi susah dari aku!


Masa tuh,aku mula menyesal.Mungkin aku lupa bersyukur pada pemberian Allah SWT.Aku hanya tahu merungut dan mengeluh tak tentu hala.


Aku patut bersyukur,aku punya mak ayah tak kira walau macam mana layanan mereka terhadap aku.
Aku patut bersyukur,aku masih punya anggota badan yang sempurna.
Aku patut bersyukur,aku masih dapat makan ayam sehingga menaikkan berat badan aku.
Aku patut bersyukur,walaupun aku belum dapat kerja tapi aku masih ada tempat berlindung.


Aku patut bersyukur atas segala pemberian Allah SWT.Sesungguhnya,ia adalah yang terbaik untuk aku.



'Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini'


Kaki lima:betul kata ustaz aku,bila kita susah,cuba kita pandang sekeliling dan lihat ada yang lagi susah dari kita.

Monday, April 11, 2011

ANTARA TIZ ZAQYAH,AGNES MONICA DAN MARIA OZAWA?

Angpa penah tak terjumpa muka yang serupa dengan angpa?.Penah tak?.Kalau ada pun member bagitau rupe angpa sama dengan si polan tuh,konfem angpa macam tak nak ngaku,lepas tuh akan cakap 'eh,mana ada sama?','eh,yke?sama ke?'.Cis!gila tak nak ngaku.Cher..angpa cakap ghupe aku ada iras macam siti nurhaliza,aku terus angguk ke-3 kali dan tak cakap apa-apa.Haha.

Baru-baru neh mata aku bawu perasan wajah TIZ ZAQYAH,AGNES MONICA dan MARIA OZAWA sama wok!.Seyes doe.Bila aku tengok drama Gemilang rasa macam Maria ozawa yang berlakon.Celaka je aku.Hehe.

Kalo angpa tak caye,ce..angpa usha gambar depa neh.
AGNES MONICA


  MARIA OZAWA


TIZ ZAQYAH


Sama tak?.Sama tak?.(cepat angguk,kalo tak aku bagi sedas dua)..


Kaki lima : Hot!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...