Thursday, April 14, 2011

LUPA BERSYUKUR..

Dulu time studi,kalo datang kelas saja..konfem akan ada seorang pencerita yang suka gosip pasal rancangan telibisyen atau drama yang depa duk tengok semalam.

'Eh,ko tengok tak cerita doraemon semalam?.'
'tengok,tengok,doreamon ada alat baru ouwwh'.
'A'ah kan.bes la kalo kita ada doreamon satu'.
Peh..perbualan tadi mungkin untuk budak sekolah rendah.Kalau masuk U depa duk gosip pasal doraemon lagi,konfem ada masalah tumbesaran.

Nak dijadikan cerita,member aku neh suka nengok rancangan BERSAMAMU.Aku pun tak faham kenapa?.Sebab dulu aku penah tengok kejap.Lepas tuh,aku tengok yang susah-susah tuh semua anak ramai,then aku tak suka tengok kesusahan orang.Buat runtun jiwa,tapi aku tak leh nak tolong apa-apa.So,aku tak layan.Sampai member aku cerita ada yang makan siput babi sebab susah sangat.Peh..dasat.

Sejak semenjak neh,aku rasa hidup aku macam susah gila.Buka beg dompet,aku tiup kua habuk.Bau duit pun tak de.Cis,gila cilaka.Bukak tabung,tingal bau duit syiling je.Tambah pula,aku bengang pasal tak dapat-dapat kerja.Ramai jugak aku dengar cerita memember aku yang tanam anggur .Tapi mak bapak depa macam kasi impak positif dan cakap slow talk dengan anak depa percaya yang itu semua rezeki.Lain pulak mak bapak aku,yang duk hentam aku,tegur pun suara pakai high key.Abang besar?,dengan dunia dan hidup beliau.Malas aku nak kacau.Rasa macam LOSER gila punya.Serius adakah aku sampah?.Ah!


Hari Rabu lepas,macam biasa kala malam menjelma aktiviti aku tengok telibsyen lah.Masa tuh rancangan telibsyen tak berapa nak kick.Nak tak nak,aku paksa diri aku nengok BERSAMAMU.


Mula-mula rancangan,dia duk tunjuk pasal ada orang sakit kulit teruk yang memang tak ada ubat.Secara seriusnya,aku mula pegun depan telibsyen nak tengok nasib beliau.Ramai orang tak nak dekat dengan beliau.Beliau juga kata,ramai  yang ejek beliau dek kerana rupa dan penyakit kulit yang beliau alami.Serius shit!pada sape yang duk kutuk-kutuk beliau.Tak patut.Macam inikah 1Malaysia?.


Then,beliau tunjuk family beliau.Ghupenya,beliau ada anak yang sakit teruk.Aku pun lupa sakit apa tapi melihatkan perut anak beliau yang membesar,aku rasa bertambah kesian.Last rancangan tuh,anak kepada beliau meninggal dunia.Masa anak beliau hembuskan nafas terakhir siap rancangan tunjuk lagi.Memang sedih habis.Lama juga aku pikir.Aku tenung.


Rupanya ada orang yang lagi lagi lagi susah dari aku!


Masa tuh,aku mula menyesal.Mungkin aku lupa bersyukur pada pemberian Allah SWT.Aku hanya tahu merungut dan mengeluh tak tentu hala.


Aku patut bersyukur,aku punya mak ayah tak kira walau macam mana layanan mereka terhadap aku.
Aku patut bersyukur,aku masih punya anggota badan yang sempurna.
Aku patut bersyukur,aku masih dapat makan ayam sehingga menaikkan berat badan aku.
Aku patut bersyukur,walaupun aku belum dapat kerja tapi aku masih ada tempat berlindung.


Aku patut bersyukur atas segala pemberian Allah SWT.Sesungguhnya,ia adalah yang terbaik untuk aku.



'Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini'


Kaki lima:betul kata ustaz aku,bila kita susah,cuba kita pandang sekeliling dan lihat ada yang lagi susah dari kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...