Saturday, April 16, 2011

LUPA TARIKH!

Politeknik Shah Alam,kejadian berlaku pagi,Sem 3,paper MATH

Masa tuh hari pertama final exam bagi sem 3.Paper waktu tuh aku nak jawab adalah Matematik entah kod berapa subject tuh aku tak berapa nak ingat dah.Pen mata bebola berjenama faber castell,pemadam,pensel tekan jenama pilot,liquid paper,pembaris sudah cukup ada dalam poket blazer aku.Ilmu di dada pun sudah penuh.Memang cgpa 4.00 dalam tanganlah kiranya subject neh.

Kaki kanan aku melangkah masuk ke dalam dewan.Eksperasi wajah aku memang sangat tenang waktu tuh.Pensyarah sudah mula melemparkan kertas pada setiap satu meja disertakan dengan kertas jawapan barang 2,3helai.Ye..aku masih tenang sehingga....
'Sila isikan borang kehadiran yang terlekat pada kertas soalan dan koyak letak di tepi meja belah kanan kamu semua',kata seorang pensyarah wanita yang pendek pendek ketinggiannya.

Masa isi borang tuh,aku lihat ada ruangan nama,nombor matrik,tarikh dan jabatan.Yang lain memang gampang untuk aku isi dalam 5saat lebih aku sudah siap.Masalahnya TARIKH!.Diulang dalam keadaan lontaran suara yang tinggi TARIKH!.Aku memang basah basah sikit bab tarikh.Memang susah nak ingat.Ah!sudah.Kang tak isi,takut kedatangan aku kena reject.Maka,aku pun pergi tanya member sebelah.
'Psitt..psitt..tarikh?'tanya aku separuh berbisik.Member aku buat muka bengap bengap sikit.Macam apa yang aku nak sampaikan memang tak sampai pada dia.Dia hanya mampu letak jari telunjuk dekat bibir tanda suruh aku diam.Jahanam,bukan itu yang aku mahukan.

'Sila jangan bercakap,dan jangan buka kertas soalan',arah lagi pensyarah tadi.

Aku tak puas hati.Aku tanya lagi member aku tadi.Masa member aku tengah jawab soalan bodo aku tetiba pensyarah pendek pendek tadi keluar lagi soundnya.

'Ha..yang pakai tudung hitam tuh!'.level suara dia agak tinggi dari yang sebelumnya.Aku buat tak reti.Ye,memang aku pakai tudung hitam waktu tuh tapi ada lagi sorang awek yang pakai tudung hitam.

'Kamulah!buat tak reti eh.Kan saya da cakap jangan bercakap.Kamu cakap gak.Degil!Pergi keluar sekarang!',cakap pensyarah tuh sambil tunjuk tunjuk ke arah aku.Gila!ini memang gila.Aku kena halau dari dewan exam masa exam lagi 5minit nak mula.Ah!sudah.Harapan nak dapat 4.00 tadi dah kempis macam perut Osman Kering.

Walaubagaimanapun,aku buat muka cool dan terus blah dari dewan.Masa kat luar ada barang 2,3 orang member aku yang tengah kelam kabut akibat datang lambat.

'Beb,tolong gua beb.Gua kena halau.Macam mana neh?.habislah kalo mak bapak gua tau',sifat yang cool tadi serta merta berubah jadi sadis ya amat.Berlagak ekau tadi eh!.

'La,ko gi cal cik poji suruh dia basuh sikit lec yang halau ko tuh.Ko neh harapan dia.Konfem dia tolong',kata ayish pada aku.Bagi idea nak perabiskan kredit aku je.Tuh mau aku kena tunggu 2jam,tunggu si poji tuh.Hancur!hancur!.Exam dah setgh jam berlalu.Tetiba lec tuh keluar...

'Ha.masuk!'.Eleh pujuk aku la tuh.Aku pun tanpa buang masa,terus masuk.Masa lec tuh pandang hak lain.Aku sempat gak bagi sedas dua jelir lidah dekat beliau.Macam Roy dalam gila-gila remaja tuh.

Akhirnya,aku berjaya jugak jawab soalan math tanpa ada sebiji soalan un yang tinggal.

Politeknik Shah Alam,kejadian dalam pukul 8 lebih,sem5

'Saya akan mengajar kamu subjek Pneumatik dan Hidraulik bagi sem neh',kata seorang lec yang agak kecik saiznya.

'Ha!kamu yang penah saya halau dulu kan.Yang degil tuh.'

Ah!masak aku.Lec tuh ajar aku pulak.Deritalah aku satu sem neh.Bungkus!.
Kaki lima : Mula-mula dia memang 'M' aku abis-abis.Lepas tuh,dia suka aku sebab aku pandai buat litar.Oleh itu,kita memang kena pandai nak amik ati lec.selamat aku!.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...