Monday, March 28, 2011

APA KATA SURVEY!

Baru-baru neh,mukabuku ada buat application baru yang dinamakan 'ASK A FRIENDS'.Application neh lebih kurang macam survey la.Angpa boleh isi jawapan angpa sendiri atau tick pada jawapan pilihan yang angpa rasa best.So,aku macam terpanggillah nak tanya member-member aku,amenda perkara pertama yang depa pandang kalau nak cari awek/balak?.Sebab aku tanya neh,aku nak tau gak selera depa macam mana?.Buat setakat  neh,peratusan yang paling tinggi adalah 'AGAMA'.


So,aku harap apa yang depa jawab neh benar belaka lah.Memandang seseorang itu atas agamanya.Yang paling aku geli hati,ada gak yang nak awek/balak depa pandai main poker.Nayalah.

Ternyata rupa dan harta bukan menjadi ukuran jika kita sukakan seseorang tuh.Batoi ka?.
Ada gak survey yang dibuat oleh orang lain antaranya :

Kalau anda ditakdirkan ajal pada minggu depan.Dan anda diberi rm 1Juta.Apakah yang akan anda lakukan?.

Nampak aku jawab apa?.Nak kawin dulu.Nampak noh aku tak sabaq nak kawin.Dah nak tumpo pun pikir kawin.Masak!.
Antara lelaki dan perempuan.Siapa lagi cerdik?.
 
Better aku rasa soalan neh tukar jadi,apakah jantina anda?.Sebab yang jawab rata-rata undi ikut jantina.Haha!.

Tahun lahir mana yang paling hebat?.

Yang neh pun sama.Baik tanya tahun bilakah anda lahir.

Banyak lagilah soalan survey ditambah pulak dengan jawapan yang pelik.Entah hentam kromo saja kot.
Apa-apa pun..

apa-apalah!

Kaki lima:soalan survey untuk angpa,aku neh comei ke tak?.muahaha!

Saturday, March 26, 2011

BUKAN SEMUA CANTIK SUBJEKTIF!

2,3 hari neh wa rasa tak de life sangat.Asyik ngadap muka bebi je.Kalo ngadap muka bebi,dapat ghupe macam bebi face,oke gak.Ini haram!.Muka tak berapa nak semenggah.Bila difikirkan balik,memang ramai orang sekarang memadang rupa paras.Kalo tak berapa nak cun atau kacak,konfem poket kena tebal sikit.Kalo tak,jangan harap orang nak lekat.Kekadang wa rasa macam tak adil bagi depa yang tak berapa nak ada pakej.Yela,ghupe tak berapa nak pergi lepas tuh habuk pun tak de.Memang kena pinggirlah kan.Klise betoi masyarakat sekarang.

Percaya atau tak?.Angpa hayati video neh.
So,pada wa lah..

rupa paras yang tak berapa nak 'in' boleh diubah.tapi hati yang baik sukar dicari.
Takkan angpa nak dapat hati yang baik,angpa p plastic surgery?.Memang tak dapatlah!.

So,pada mak cik-mak cik,pak-cik-pak-cik,jejaka-jejaka,mahupun aweks-aweks,angpa tak payah nak klise sangatlah.Kalo cantik,konfem bek.Yang orang-orang tua,nak buat menantu mesti ada rupa,tapi perangai macam menantu hantu baik tak payahkan.
Maka,dari hati yang bersih lahirlah rupa yang cantik.

dan jangan lupa
SENYUM :)

Kaki lima : aku tak berapa cantik.tapi cuba cari hati yang cantik :)

Saturday, March 19, 2011

10 KETULAN AIS KIUB YANG GILA PUNYA COOL!

Tengah lu orang duk minum dekat maple tuh,ce usha ada jumpa tak ais kiub ghupe ghini.Kalo jumpa memang cool sampai sayang nak telan.

1.MOAI ICE CUBE TRAY
Kalau nak try minum dalam keadaan misteri seperti berada di pulau.Pakailah ais keluaran dari The Stone Cold Ice Tray dengan harga $7.90.Korang convertlah sendiri bape ringgit malaysia eh.Then,kalo sape teringin nak beli korang boleh klik di sini.


2. PENIS ICE CUBE TRAY



Erk?.Pada siapa yang berminat dengan benda alah neh dan mahukan keseksian try la buh dalam minuman korang.Biar kasi 'sejuk' sikit.haha.

3. TIPSY TOES ICE CUBE
Style gila tak mak?.Oke,yang penting ais neh tak mencair pun dan boleh diguna berulang-ulang kali.Jimat dan cool rite?.

4. SHARK FIN ICE CUBE TRAY


Berikan sedikit tekanan dalam minuman tetamu anda dengan meletakkan ais kiub neh.Kalo buh masa hari raya lagi meriah kot.Terus tak minta duit raya.


5. AK BULLET ICE CUBE TRAY
Mahukan minuman yang membunuh?.Cubalah yang neh.


6. YELLOW SUBMARINE ICE CUBE TRAY

 Tak cukup selam dekat laut.Selam dalam gelas pulak bersama ais kiub kapal selam.

7. PEACE SIGN ICE TRAY

 
Sambil minum,sambil menyampaikan mesej keamanan.Peace no war!


8. STONEWARE MARIJUANA LEAF ICE CUBE TRAY
Jom cuak kan guest lu orang dengan meletak marijuana dalam minuman mereka.Kena la lu!

9. ON THE ROCK ICE CUBE TRAY
Terjemahkan apa yang lu minum dengan ais kiub itu!


10. HIP HOPSICLES ICE TRAY
YO!YO!apa di dalam minuman anda?.Hip hop kan minuman lu orang!

Kaki lima : Mesti cool dengan ais kiub yang cool neh!

Monday, March 14, 2011

BUNDDLE!BUNDDLE!BUNDDLE!

JOM USHA BUNDDLE!
MARI!MARI!MARI!
ADA YANG MASIH BARU DAN HANYA PAKAI SEKALI SAHAJA!

C001
JAKET CODROY 
HARGA: RM35.00 
SAIZ:S,M
JENAMA : PETROL
WARNA:HIJAU LUMUT
*TIDAK PERNAH PAKAI

CLOSE UP!
C002


CARDINGAN PINK BERBUNGA

RM:12.00
SAIZ:FREE SAIZ
*HANYA PAKAI SEKALI
CLOSE UP!

C003


 DRESS HIJAU LUMUT

HARGA : RM25.00
SAIZ:S,M
*TIDAK PERNAH PAKAI
CLOSE UP!

C004


KEMEJA LABUH COKLAT DUBAI

HARGA:RM15.00
SAIZ:S,M
*PAKAI BERKALI

C005


T-SHIRT PUTIH
HARGA:RM12.00
SAIZ:S,M DAN L
CLOSE UP!

C006


DRESS HITAM
HARGA:RM28.00
SAIZ:S,M
*TIDAK PERNAH PAKAI

C007


T-SHIRT POP SODA
HARGA : RM 15.00
SAIZ : S,M
*TIDAK PERNAH PAKAI

C008

  CARDIGAN PENDEK PUTIH

HARGA:RM15.00
SAIZ:FREE SAIZ

*PERNAH PAKAI SEKALI

C009


DRESS KOTAK KOTAK
HARGA : RM 12.00
SAIZ:M,L

C010

 KEMEJA HITAM

HARGA : RM5.00
SAIZ:S,M

C011


ESPRIT DRESS

HARGA:RM32.00
SAIZ:M,L
*BAJU NEH PELIK SIKIT,TAPI COOL OKE!PERNAH PAKAI SEKALI.

C012


DRESS BUNGA UNGU
HARGA:RM15.00
SAIZ:38

*PERNAH PAKAI SEKALI

C013


WEDGES KELABU 4"

HARGA:RM25.00
SAIZ:7
*PERNAH PAKAI SEKALI

CLOSE UP!

SERIOUSLY BUYER ONLY!

KALAU BERMINAT SILA HUBUNGI
0176453612 (FINA)

DAN BUAT TEMPAHAN!

Friday, March 11, 2011

KOD RAHSIA

Lama sudah tidak menulis,baru sekarang terasa jari gatal nak tulis.Al-maklumlah keja kuat 3hari.Lepas tuh,RESIGNED terus!.cilakok'!.

Oke,angpa penah tak time sekolah rendah dulu bercakap atau menulis dalam secret code.Bajet tak nak orang faham tulisan atau bahasa percakapan angpa.Kekadang budak-budak neh pakai untuk mengumpat orang yang memang ada dekat sebelah saja.Yang tak tahu terbangak-bangaklah nak memahamkan apa yang tengah budak-budak neh sembang.Kesian!.Tapi kira dosa lah kan yang dia duk ngumpat orang tuh?.Kan?.Kan?.

CODE WA

Contoh : Wa A Wa FI Wa NA
Maksud : AFINA
Cara: Angpa pecahkan setiap suku kata perkataan tersebut,then apa tambah WA belah depan suku kata tuh.
Kesimpulan:ntah apa-apa kan?.

CODE M

Contoh : A ma FI mi Na ma
Maksud : AFINA
Cara : Angpa pecahkan suku kata juga,pastuh setiap suku kata yang ada huruf vokal angpa masukkan belakang huruf M tuh.
Kesimpulan:Gedik ah!.Kalau berani cakap biasa sudah!.
Yang code tadi aku bagi kat atas tuh,depa guna dalam percakapan.

CODE DE NA VICCI GAMAKNYA

Yang neh depa guna dalam surat,untuk tulis something yang takkan orang dapat orang pecahkan ayat sebenarnya.Selalunya depa tulis dalam bentuk simbol.Setiap huruf ada simbol tertentu.Ala macam tulisan kat dinding gua yang orang zaman batu duk tulis tuh.Pelik hakuh!

Kaki lima : Susah saja cikgu duk ajar bahasa ibunda.Depa duk tukaq-tukaq.

Saturday, March 5, 2011

SAKA KE SAKAI?

Sebenarnya aku memang rasa tersangatlah malas tahap lahanat punya nak update blog neh.Ini semua kerana gara-gara berukbend aku sudah lembab macam tahap durjana hendaknya.Gila gampang!.Nak tunggu loading tulis entri neh pun makan masa 1 jam setengah.Itu belom lagi aku nak main poker lagi cilaka.Tunggu masa aku nak humban saja benda haram jadah neh.

Oke,cukup pasal keluhan rasa amarah yang takkan pernah habis terhadap masalah BB aku.Bukan itu niat aku untuk menulis kali neh.Pasal BB neh aku da rungkai hari tuh.So,sapa yang ada baca mungkin faham permasalahan neh.
Berbalik pada tajuk asal.SAKA!.Korang tau saka?.Aku rasa korang tau kot sebab sape duk layan drama seram dekat tibi 3 ada citer pasal saka.So,tak payah aku jelas panjang lebaq pasal saka neh.Silap haribulan aku boleh buat buku pulak.

Al kisah...
Aku dengan 'abang besar' tengah lepak tengok tibie sementara nak menjamah nasik.Rancangan masa tuh Wanita Hari Ini.Tak tau la pulak aku yang si 'abang besar' neh minat tengok hal wanita.Jadi,dia pun ralit duk tatap tv dari wajah aku.Nak nak pulak tajuk perbincangan hari tuh SAKA.So,itu membuatkan aku sekali terjerumus ke kancah slot WHI.

Macam-macamlah ustaz tuh cerita pasal SAKA.Siap bawa orang yang ada saka dalam badan untuk demotrasi.Apa dia ingat macam jual produk ke?.Bukan boleh main neh hal.Buat hantu naik.Lintang-pukang pengacara tuh lari.Gamat!.Tapi mungkin,dia nak bagi penonton lebih lihat dengan jelas macam mana rupa apabila seseorang ada saka.
Dalam slot tuh jugak,ustaz tuh cakap orang yang ada saka mungkin ada tanda-tanda seperti lemah-lemah badan,tak bermaya,cepat penat dan mimpi aneh antaranyalah.Tengah duk ralit tengok tuh 'abang besar' mengeliat,buat macam lenguh-lenguh badan.

Abang besar:Ish!Tak boleh jadi macam neh!
Aku:Apa hal gila?
Abang besar:Tanda-tanda tuh dah ada.Takut.
Aku:Tanda berat badan nak naik ke?.
Abang besar:Bukan.Semua tanda pasal saka tuh da ada kat oranglah.Selalu sakit-sakit badan.(sambil tunjuk tempat sakit-sakit badan).
Aku:Ek eleh!lu ada saka apa?.
Abang besar:Saka beruang kot.
Aku:erk?.(sambil bagi sedas tempeleng).

'Abang besar' rasa badan dia besar sebab ada saka beruang.Wadepek!.Dah lu melantak 3 orang punya makan mana tak macam beruang.Lepas tuh,terus baring.Memang lah sakit badan.Tak pasal-pasal saka jadi alasan.Choit!
bukti 'abang besar' suka makan!

lagi bukti!

Sekarang neh aku tak tau 'abang besar' macam mana sebab dah lama juga tak bersua muka.

Kaki lima : Nasib lu comei.

Thursday, March 3, 2011

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.TUAH MANUSIA?

Panggilan rezeki telah menanti aku.Mungkin?.Ini satu permulaan langkah kanan buat aku untuk membuka lembaran baru dalam hidup.Khamis bersamaan 3 haribulan 3,2011 aku telah menghadiri temuduga yang agak sempoi.Seluaq jin dan sandle jamban saja aku tibaikan menjadi personaliti aku.Temuduga yang tak perlukan pakaian formal,tak perlukan pemerah pipi mahupun pembayang mata yang tebal.Memang sempoi.Bahasa pun tak payah pakai English seperti kebiasaan dalam temuduga.Aku hanya perlu bertutur bahasa ibundaku dengan memelatkannya dalam bahasa cina.Ranggi kan?.

Pagi tadi aku macam ada semangat kentai nak p temuduga.Senyum pun macam orang hilang kewarasan.Nak bagi naik seri katanya.


senyum molek-molek deh!

Sampai saja disana,amoi tuh sambut aku.Muka semua apek-apek pekerjanya.Tiada jejaka melaya langsung.Agaknya kalo aku kerja,akulah orang melayu yang pertama.Kata 1 Malaysia,so apadehal kan?.

Amoi tuh duk payah-payah nak explain kat aku.Mulut dia tergagap nak interview macam buka kamus dewan bahasa mencari perkataan yang sesuai untuk dilontarkan.Last-last aku yang explain balik kat dia.Haiyak!.

Aku tak kisah sangat pasal kerja.Pasal masa yang aku kisah sikit.Kerja lama gila.Isnin sampai sabtu dari pukul 8.30pagi sampai 6.30petang.Agak mencabar doe.Ditambah pula rehat setengah jam.Nak buang taik gigi pun tak sempat.Gaji pun ala kadar.Tahap SPM saja.

Tapi bila aku pikir balik demi pengalaman,aku kena redah gak.Bak kata Melodi.Layankan saja.Dari aku duduk kosong,tak de duit.Baik aku kerja.Boleh bayar hutang piutang aku.

Lepas aku balik dari interview,aku dapat lagi panggilan rezeki.Tapi kali neh dekat KL Sentral.Jauh la pulak.Tapi post dia macam sedap saja.Tak boleh tamak kan?.Nanti jadi yang digedong tercicir bagai.So,aku amik job dekat dengan rumah buat modal nak pergi jauh.Amacam?.

Tadi aku ingat amoi tuh kata kat aku.Kenapa aku amik mekanikal?.Perempuan mana boleh amik ini kerja.Susah mahu dapat.Memang aku tak nafikan memang susah aku nak cari kerja dengan Diploma kejuruteraan Mekanikal even result best pun.Salah satu qualification nak kerja dalam bidang neh yang menapolinya LELAKI.Peluangnya lebih terbuka besar untuk lelaki.Pensyarah aku pun pernah cakap,kalo perempuan amik bidang neh dapat jadi cikgu atau pensyarah saja.

Apa-apa pun,aku sudah mula langkah.Dan aku berdoa aku diberi kekuatan dalam menghadapi kerja baru neh.Aminn~

Kaki lima:Rasa pintu rezeki terbuka semula.

Wednesday, March 2, 2011

GAJI BUTA SAMBIL MEMBUTA....

'Cikgu suka main bola.Hari-hari cikgu main bola'.

Haa..angpa ingat tak lagi babak dalam cerita masam-masam manis lakonan hebat alyarham P.Ramlee.Dia duq suh anak murid dia baca sambil dia tido berkeruh.
Anak murid dia pulak sambungkan ayat tadi dengan..

'Hari-hari cikgu suka tido dalam kelas.Jom kita main!' .

Bila aku dengaq cerita adik aku pasal ustaz dia.Aku rasa macam lebih kurang dalam babak neh.Angpa bayangkan kalau ustaz dia masuk tiap-tiap hari dengan gaya yang macam neh:

Suruh buka Al-Quran.Baca bagi habis satu kelas.Yang si ustaz tuh duk tangkup muka atas meja.Bajet dengaqlah.Padahal tidoq mati.Yang peliknya dia tau saja masa dia nak dekat habis,konfem dia bangun.
'Haa..da abis baca?',tanya ustaz dengan mata merah seperti orang baru bangun dari katil empuk di rumah.

'Sudah',jawab si anak murid.

'sadaqaallah ul azimmm',kata si ustaz.

'kami dah lama sadaqaallah ul azim ustaz'.jerit ketua kelas.

Ustaz terpingga-pingga,lalu blah dari kelas.Malulah tuh!.
 
Inilah yang dikatakan makan GAJI BUTA sambil MEMBUTA!

ustaz mirul tak macam tuh kan?

Kaki lima : projek apa?.sampai tak cukup tido.

Tuesday, March 1, 2011

SURAT CINTA RAHSIA...

daaS hamlaS,

B6 saleK,

ulales itagni ukgnay napadahek, 

noD,
agoM noD malad naadek tahis nad aribmergeb gnipmasid nawakgnek.amaN ayas itrepes id sata.ayaS in nigniret raneb kan nalanekreb nagned noD araces hibel taked igal.utI nup ualak noD idus.ayaS rades nakhaskot idaj dneirflirg noD tapad nawakreb nagned noD nup utnet noD idus?nak.eY aal noD nak mesneh utsap kalp ralupop tak halokes.idaJ noD itsem idaj naaligek kadub naupmop ipatet id inis ayas nakub kan uyarem tak noD ayapus noD libmagnem ayas idaj denirflrig noD ipatet ayas nigni takapreb nagn noD kutnu tapadnem tiud ukas . ini anarek nawakgnek ayas halet rabacnem ayas aynarikes ayas tapad lekenem noD gnaroid kan igab ayas tiud sutares tiggnir.ualaK noD ujutes  atik helub takapreb nad arup-arup idaj nagnasap hisakek. itnaN tiud ut helub al atik igahab aud.macamA noD ujutes ?.kat ualaK noD ujutes alis salab tarus ayas in nagned areges.

rrreE noD...ipat nak aynarikes noD kan nakidaj ayas kewa noD luteb-luteb nup helub..eh eh eh..

napawaj itnanem gnay
hamlaS...






kaki lima : amacam?.leh baca tak?.haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...