Thursday, March 3, 2011

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.TUAH MANUSIA?

Panggilan rezeki telah menanti aku.Mungkin?.Ini satu permulaan langkah kanan buat aku untuk membuka lembaran baru dalam hidup.Khamis bersamaan 3 haribulan 3,2011 aku telah menghadiri temuduga yang agak sempoi.Seluaq jin dan sandle jamban saja aku tibaikan menjadi personaliti aku.Temuduga yang tak perlukan pakaian formal,tak perlukan pemerah pipi mahupun pembayang mata yang tebal.Memang sempoi.Bahasa pun tak payah pakai English seperti kebiasaan dalam temuduga.Aku hanya perlu bertutur bahasa ibundaku dengan memelatkannya dalam bahasa cina.Ranggi kan?.

Pagi tadi aku macam ada semangat kentai nak p temuduga.Senyum pun macam orang hilang kewarasan.Nak bagi naik seri katanya.


senyum molek-molek deh!

Sampai saja disana,amoi tuh sambut aku.Muka semua apek-apek pekerjanya.Tiada jejaka melaya langsung.Agaknya kalo aku kerja,akulah orang melayu yang pertama.Kata 1 Malaysia,so apadehal kan?.

Amoi tuh duk payah-payah nak explain kat aku.Mulut dia tergagap nak interview macam buka kamus dewan bahasa mencari perkataan yang sesuai untuk dilontarkan.Last-last aku yang explain balik kat dia.Haiyak!.

Aku tak kisah sangat pasal kerja.Pasal masa yang aku kisah sikit.Kerja lama gila.Isnin sampai sabtu dari pukul 8.30pagi sampai 6.30petang.Agak mencabar doe.Ditambah pula rehat setengah jam.Nak buang taik gigi pun tak sempat.Gaji pun ala kadar.Tahap SPM saja.

Tapi bila aku pikir balik demi pengalaman,aku kena redah gak.Bak kata Melodi.Layankan saja.Dari aku duduk kosong,tak de duit.Baik aku kerja.Boleh bayar hutang piutang aku.

Lepas aku balik dari interview,aku dapat lagi panggilan rezeki.Tapi kali neh dekat KL Sentral.Jauh la pulak.Tapi post dia macam sedap saja.Tak boleh tamak kan?.Nanti jadi yang digedong tercicir bagai.So,aku amik job dekat dengan rumah buat modal nak pergi jauh.Amacam?.

Tadi aku ingat amoi tuh kata kat aku.Kenapa aku amik mekanikal?.Perempuan mana boleh amik ini kerja.Susah mahu dapat.Memang aku tak nafikan memang susah aku nak cari kerja dengan Diploma kejuruteraan Mekanikal even result best pun.Salah satu qualification nak kerja dalam bidang neh yang menapolinya LELAKI.Peluangnya lebih terbuka besar untuk lelaki.Pensyarah aku pun pernah cakap,kalo perempuan amik bidang neh dapat jadi cikgu atau pensyarah saja.

Apa-apa pun,aku sudah mula langkah.Dan aku berdoa aku diberi kekuatan dalam menghadapi kerja baru neh.Aminn~

Kaki lima:Rasa pintu rezeki terbuka semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...