Saturday, March 5, 2011

SAKA KE SAKAI?

Sebenarnya aku memang rasa tersangatlah malas tahap lahanat punya nak update blog neh.Ini semua kerana gara-gara berukbend aku sudah lembab macam tahap durjana hendaknya.Gila gampang!.Nak tunggu loading tulis entri neh pun makan masa 1 jam setengah.Itu belom lagi aku nak main poker lagi cilaka.Tunggu masa aku nak humban saja benda haram jadah neh.

Oke,cukup pasal keluhan rasa amarah yang takkan pernah habis terhadap masalah BB aku.Bukan itu niat aku untuk menulis kali neh.Pasal BB neh aku da rungkai hari tuh.So,sapa yang ada baca mungkin faham permasalahan neh.
Berbalik pada tajuk asal.SAKA!.Korang tau saka?.Aku rasa korang tau kot sebab sape duk layan drama seram dekat tibi 3 ada citer pasal saka.So,tak payah aku jelas panjang lebaq pasal saka neh.Silap haribulan aku boleh buat buku pulak.

Al kisah...
Aku dengan 'abang besar' tengah lepak tengok tibie sementara nak menjamah nasik.Rancangan masa tuh Wanita Hari Ini.Tak tau la pulak aku yang si 'abang besar' neh minat tengok hal wanita.Jadi,dia pun ralit duk tatap tv dari wajah aku.Nak nak pulak tajuk perbincangan hari tuh SAKA.So,itu membuatkan aku sekali terjerumus ke kancah slot WHI.

Macam-macamlah ustaz tuh cerita pasal SAKA.Siap bawa orang yang ada saka dalam badan untuk demotrasi.Apa dia ingat macam jual produk ke?.Bukan boleh main neh hal.Buat hantu naik.Lintang-pukang pengacara tuh lari.Gamat!.Tapi mungkin,dia nak bagi penonton lebih lihat dengan jelas macam mana rupa apabila seseorang ada saka.
Dalam slot tuh jugak,ustaz tuh cakap orang yang ada saka mungkin ada tanda-tanda seperti lemah-lemah badan,tak bermaya,cepat penat dan mimpi aneh antaranyalah.Tengah duk ralit tengok tuh 'abang besar' mengeliat,buat macam lenguh-lenguh badan.

Abang besar:Ish!Tak boleh jadi macam neh!
Aku:Apa hal gila?
Abang besar:Tanda-tanda tuh dah ada.Takut.
Aku:Tanda berat badan nak naik ke?.
Abang besar:Bukan.Semua tanda pasal saka tuh da ada kat oranglah.Selalu sakit-sakit badan.(sambil tunjuk tempat sakit-sakit badan).
Aku:Ek eleh!lu ada saka apa?.
Abang besar:Saka beruang kot.
Aku:erk?.(sambil bagi sedas tempeleng).

'Abang besar' rasa badan dia besar sebab ada saka beruang.Wadepek!.Dah lu melantak 3 orang punya makan mana tak macam beruang.Lepas tuh,terus baring.Memang lah sakit badan.Tak pasal-pasal saka jadi alasan.Choit!
bukti 'abang besar' suka makan!

lagi bukti!

Sekarang neh aku tak tau 'abang besar' macam mana sebab dah lama juga tak bersua muka.

Kaki lima : Nasib lu comei.

2 comments:

  1. bonzer lu comel ka ? haha haha lawok entry neh , so far ni yg terbaek -..-

    ReplyDelete
  2. bagi wa dia comel la.sama macam panda.haha.tengs.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...