Sunday, February 20, 2011

GADISKU....

Berdebar-debar hati Karim melihat wajah seorang gadis diseberang jalan tadi.Rambutnya tebal mengurai macam Fouziah Gous.Ditambah pula dengan lesung pipi yang ada naknya bak Preity Zinta.Ukuran badan yang boleh buat ramai jejaka phewitt!.Tapi siapakah gadis itu?.Masih menjadi tanda tanya pada Karim.Hari itu,Karim memang sudah gila bayang angkara gadis yang dilihatnya petang tadi ketika pulang kerja.

"Ah!celaka sungguh",Karim menghentak stering kereta.Melepaskan kesal.Kesal kerana tidak sempat bertegur sapa pada gadis tersebut.Gadis yang telah lama Karim idam-idamkan.

"Tak boleh jadi neh.Esok aku kena pergi kerja naik KTM.Itu saja caranya.Hendak seribu daya,tak hendak pergi mam saja",ngomel Karim seorang diri.

Bau cekodok pisang merentap jiwa Karim yang sedang berkocak.Lalu diikutnya bau cekodok tadi.Al-maklumlah perut sedang berkeroncong buat ana.Dapat pekena cekodok dengan kopi panas memang pergi habis.Ternampak perlakuan Bab yang sedang mengolek-golekkan cekodok di atas dapur.

"Waaa..bab rajin ko eh.Senang perut aku kalo macam neh ghupenye hee ehh.Umah sewa aku dulu pemalas lahabau punya penghuninya.Nak makan cekodok kena balik rumah sendiri suruh mak masak lah alamatnya",celoteh Karim sambil meniup-niup cekodok yang masih panas.

 "Bebudak tuh malas ke ko yang pemalas.Sama je pun mengkome semua",balas Bab.Karim hanya mampu tersengih-sengih seperti seluar dalam terkoyak tengah.


"Eh bab,tadi aku jumpa awek.Pehh..dia punya lawa macam neh wa cakap sama lu",Karim mengangkat ibu jarinya sambil membayang wajah gadis yang baru dilihatnya tadi.


"Dah tu?".


"Esok aku nak pergi kerja naik KTM,aku nak try gak dapat nombor awek tuh.Tak kira macam mana sekali pun.Oleh sebeb itu,aku memerintahkan engkau supaya menghantar aku esok pagi ke KTM",terang Karim panjang lebar pada Bab.Bab hanya mendengar.Malas mahu melayan karenah kawannya.Mahu hangus juga cekodok yang digorengnya nanti.




Pagi itu,Karim pergi kerja menaiki KTM.Matanya melilau-lilau mencari gadis impiannya.Tiada rezeki.Hanya itu yang mampu Karim rasakan buat masa ini.Gadis itu tidak muncul-muncul dari pandangan kasarnya.


Tepat pukul 5.30 petang,Karim bergegas ke KTM.Habis semua manusia disana diredahnya.Matanya memulakan tugas.Pandang sana...tiada.Pandang situ..tiada.Apakah yang dilihatnya petang semalam adalah satu ilusi atau kenyataan?.Karim mula berfikir.Orang ramai semakin mula berebut-rebut untuk memasuki pintu keretapi.


"Mungkin di coach wanita?",getus Karim.


Karim terus berlari menuju ke coach wanita.Tepat sekali jangkaannya.Memang gadis idamannya menaiki gerabak merah jambu itu.Malangnya lagi,gadis tersebut telah pun memasuki gerabak keretapi tersebut.Karim hanya mampu melihat gadis tersebut dari luar pintu sahaja.


Melepaslah lagi...

"Tak pe.tak pe.At least,aku sudah tahu dimana mau tunggu esok",Karim memotivasikan dirinya.Hendak barang kualiti bagus,kena bersusah dulu.Mana mahu dia lepaskan gadis rupawan itu.Kalau boleh mahu saja tiap malam dia bermimpikan gadis itu.Tapi apakan daya,mimpinya gelap gelita dek kerana tidur mati tak bersedar.

Selang beberapa hari selepas kejadian,Karim baru menaiki KTM semula.Dia terpaksa berbuat begitu kerana Bab outstation.Bukan Karim tidak mahu meninggalkan keretanya di KTM,tapi dia tidak percaya pada keselamatan di sana.Lebih baik sediakan payung sebelum baju basah.


Jam sudah menunjukkan 5.00 petang.Hari ini,Karim keluar awal seperti biasa.Nak berperang,kena bersedia awal.Kali ini dia tidak mahu terlepas lagi seperti hari-hari yang lepas.


Sejam sudah berlalu,namun kelibat si gadis berlesung pipi itu tidak kelihatan.Karim mula benkeng.Tak tahan menunggu.Macam menunggu doyan luruh dari pokoknya.


Bibir Karim mula menguntum senyuman.Sampai ke telinga barangkali.Satu per satu langkah diatur.Kemas dan padat.Karim memang pandai mengayat gadis-gadis.Ditambah pula,wajahnya memang kacak nak mati.


Gadis yang selama ini Karim cari kini berada di depan .Gadis itu mengibas-gibaskan rambutnya,sesekali termasuk ke dalam mulut Karim rambut gadis tersebut.Itu semua tidak mengapa bagi Karim.


Karim mula memberanikan diri bergerak ke depan memperlihatkan dirinya oleh gadis tersebut.Gadis itu tersenyum pada Karim.Cantik.Sangat cantik.Karim mula cair.Terasa seperti diawang-awangan.


"You...kenapa tengok-tengok I neh?",Gadis tadi mula membuka mulut menyapa manja.Nyawa Karim seperti tercabut dari badan mendengarkan suara 'gadis' tersebut yang garau dan parau.


"Makkkk!!",Karim menjerit.Disangkakan gadis tulen rupa-rupanya nyah.Kepala Karim pusing.Tekaknya tak mampu mengawal gelodak perasaan.Akhirnya,karim muntah disitu.Percariannya berakhir disitu.Noktah.




GLUP!


kaki lima:nyah sekarang cantek-cantek ouhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...