Friday, February 25, 2011

PEMBEDAHAN PLASTIK SEPERTI ORANG LAIN!

'Gila harta!Gila kuasa!Gila nama!semua gila!'..wings,hukum karma.
Macam mana pula yang GILA RUPA?.Ada yang sanggup buat plastic surgery untuk kelihatan sejibik macam orang lain.Apa kes?.Jom kita usha.
1. Wanita yang telah melakukan 51 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Ratu Mesir Nefertiti.


 Nileen Namita,seorang seniman yang berusia 49 tahun mempunyai 3 orang anak yang berasal dari England.Beliau telah melakukan 51 operasi pembedahan plastik untuk merealisasikan impiannya agar kelihatan seperti Ratu Mesir Nefertiti.Beliau juga yakin,bahawa beliau adalah Nefertiti si isteri kepada firaun Mesir Akhenaten yang menyembah matahari.Namita telah menghabiskan masa selama 20 tahun dengan membayar £200,000 (kira-kira RM986,936.95).51 operasi ini termasuk pada bahagian hidung,mulut dan seluruh wajahnya.Sama ke beb?.


2. Si Nenek yang menghabiskan duit sebanyak 16,000 USD untuk kelihatan seperti Jessica Rabbit.



Nenek yang berusia 57 tahun,Annete Edwards telah menghabiskan duit sebnayak 16,000 USD(RM 48,896) untuk kelihatan seperti watak kartun Jessica Rabbit dari filem 'Who Framed Roger Rabbit'.Menurut si nenek,beliau sangat cintakan arnab dan ingin kelihatan seperti idola kartun rekaannya.Beliau telah menjalani operasi pembedahan di London's Harley Street,klinik pembedahan plastik yang terkenal di dunia.Selama seminggu,pakar bedah telah melakukan prosuder pembedahan termasuk pada bahagian payudara,alis tangan dan suntikan botox yang bernilai 600 EUR (RM 2533.48).Beliau juga memberitahu telah di hubungi oleh Majalah PLAYBOY untuk sesi bergambar.Adoi..nenek,nenek.


3. Si Ibu yang melakukan pembedahan untuk kelihatan sama seperti anak.



Kalau angpa tengok gambaq kat atas tuh konfem angpa ingat Janet dan Jane Cunliff adalah si kembar.Sebenarnya,mereka bukan adik beradik.Mereka adalah si ibu dan anak!.Janet telah menghabiskan duitnya sebanyak 13,000 USD (RM 39,708.50) untuk pembedahan plastik tersebut dalam usaha mendekatkan jarak umur 22 tahun dengan anaknya.Mereka kini,sama-sama mempunyai rambut perang yang cantik,bentuk badan yang menarik dan kaki yang berotot cantik.Yang bestnya,kedua-duanya mempunyai berat badan yang sama.Cuma bezanya,adalah ketinggian.Jane tinggi lebih 2 kaki dari ibunya pada ketinggian 5 kaki 6 inci,manakala mata Jane berwarna coklat dan Janet berwarna biru.Selain perbezaan tersebut,kesemuanya hampir sama.

4. Saudara kembar yang membayar 60,000 EUR untuk kelihatan sama identiti.


Dilahir sebagai pasangan kembar bukan bermakna kedua-duanya seiras tetapi apa yang tidak dapat dinafikan sikap mereka adalah sama.Namun bagi pasangan Jo dan Kerry Burton,mereka mahukan lebih daripada itu sebagai pasangan kembar.Sejak Jo berhasrat melakukan pembedahan kosmetik untuk membetulkan hidungnya,kerry juga mahu melakukan perkara yang sama.Sejak hari itu,kedua-dua kembar menghabiskan sebanyak 60,000 EUR untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan yang kesemuanya dijalankan pada waktu yang sama dan doktor yang sama agar mereka tidak akan dapat dibezakan oleh satu sama lain.Malahan mereka terpaksa menggunakan singkatan nama yang terletak pada bahagian perut agar doktor dapat mengenal pasti siapa adalah siapa.Pada usia 34 tahun,kedua-duanya telah melalui prosuder untuk menegangkan kulit mata,tatu mekap yang kekal dan suntikan Botox.

5. Si ibu yang mahu kelihatan seperti Angelina Jolie.



Nadya Suleman,wanita yang baru sahaja melahirkan kembar lapan telah membuat pembedahan plastik seakan Angelina Jolie.Menurut doktor bedah palstik Dr Anthony Youn,kesamaan antara Nadya dan Angelina adalah luar biasa.Mereka mempunyai alis yang sama dan dahi mulus yang sangat bagus.Nadya telah melakukan pembedahan pada bibirnya yang membuat beliau kelihatan seperti Angelina Jolie.Nadya juga turut membantah bahawa beliau menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti pemenang Oscar.

6. Wanita tenat yang menghabiskan 40,000 EUR untuk kelihatan seperti Demi Moore.


Seorang wanita yang mengalami barah otak telah menghabiskan duit sebanyak 40,000 EUR (RM 168,789.30) untuk melakukan pembedahan plastik agar kelihatan seperti Demi Moore.Lisa Connell,29 telah menggunakan wang yang disimpan oleh ibunya untuk perkahwinan Lisa untuk melakukan pembedahan tersebut.
Walaupun Lisa memiliki wajah yang cantik,tetapi Lisa tidak yakin dengan penampilannya dan mahu kelihatan cantik persis Demi Moore.Lisa telah menjalani pembedahan sedut lemak,pembedahan pada bahagian payudara,mengangkat alis dan menambah tambahan pada kulit dan gigi untuk memenuhi impiannya.Lisa telah mendapat tumor otak pada umur 27 tahun.

Ish.ish.Sudah nazak pun mahu bedah plastik.

7. Pengawal keselamatan menghabiskan duit sebanyak 3500 EUR untuk kelihatan seperti SETAN!


Gavin Paslow,seorang pejaga keselamatan berusia 39 tahun telah menghabiskan duit sebanyak 3500 EUR (RM 14771.31) dengan menambah taring,lidah bercabang dan tanduk pada dirinya.Paslow juga telah menukarkan namanya kepada Diablo Delenfer atau nama salah satu syaitan dari neraka.Tapi beliau melakukan pengubahusaian lebih kepada rupa Lucifer.

Perubahan mula dilakukan dengan menambahkan dua tanduk aneh pada bahagian dahinya 200EUR satu tanduk.Operasi ini dilakukan di Machester oleh seorang pakar tanpa menggunakan bius pada awal tahun 2008.Pembedahan ini mengambil masa selama 5 jam.Ahli bedah kosmetik yang sama juga telah melakukan pembedahan ke atas lidah beliau dengan menghiris pada bahagian tengah menggunakan pisau.Beliau kemudian menjalani pembedahan pada telingannya untuk kelihatan lebih menunjuk pada bahagian bawahnya.Taring juga telah dipasang dengan menggunakan seramik kekal.Beliau juga mempunyai 29 tatu untuk menutupi bahagian atas tubuhnya.Untuk kelihatan sempurna seperti syaitan,Paslow telah memakai contact lens berwarna hijau dan memakai ekor yang digabungkan dengan kemejanya.Tak payahlah nak bedah rupa macam setan.Buat saje perangai macam setan konfem jadi setan bro.

Kaki lima :macam-macam hei!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...