Saturday, February 26, 2011

AIS KRIM DARI SUSU BADAN?

Restoran Icecreamists di London telah mereka suatu perisa baru yang diberi nama 'BABY GAGA'.Aiskrim neh mengandungi 75 peratus dari susu badan manusia dan 25 peratus dari si tua Bossy.Selain dari itu,beberapa pods vanilla dari Madagascar ditambah dan sedikit perasa lemon untuk membuat ais krim tersebut kelihatan begitu eksklusif.

Menggunakan konsep suara Cheesy,pengasas Icecreamists iaitu Matt O'Conner melihat 'Baby Gaga' sebagai pengambilan ais krim yang kita boleh ambil sebanyak mana pun kerana ia tidak mengemukkan.

Kata O'Conner kepada Berita AOL,sesetengah orang tidak berapa suka dengan idea menggunakan susu dari badan manusia.Mereka bertanya pada O'Conner adakah lebih baik menggunakan susu lembu yang  telah diinduksikan kehamilannya setiap bulan dari susu manusia?.
Yeah!inilah 'baby gaga' perisa terbaru yang diperbuat dari susu badan.
Setakat ini,soalan tersebut masih belum terjawab.Bagi O'Conner,beliau ingin memberitahu orang diluar bahawa susu badan adalah yang terbaik dan memberi peluang pada manusia yang tidak pernah merasa susu badan.

Secara jujurnya,ianya bergantung pada susu yang telah mereka samplekan.

'Rasanya berbeza-beza,bergantung pada berapa lama wanita tersebut menyusui dan amalan pemakanan beliau.Iannya lebih cair dari susu lembu dan manis',katanya.

Setiap hidangan 'baby gaga' dijual dengan harga 22 US (RM 67.17).Syarikat yang khusus untuk susu badan adalah sedikit.Maka,O'Conner telah membuat perjanjian dengan si ibu seperti Victoria Hiley,35 tahun dari Leeds dimana bekerja untuk wanita yang mempunyai masalah dalam penyusuan.

O'Conner telah membayar Hiley sebanyak 1.61 US (RM 4.91) bagi setiap ouns cairan susu.Ini telah menyebabkan Hiley sangat teruja dan suka melakukan pekerjaan tersebut.

'Apa salahnya menggunakan sedikit aset saya untuk mendapatkan wang tambahan?',kata Hiley apabila beliau ditanya oleh akhbar Metro dari British.

'Tidak ada susu,sesegar susu ibu',tambah beliau lagi.

Setakat ini,O'Conner telah mengupah 15 orang wanita untuk pemerahan susu.Mereka juga,telah diberi ujian kesihatan terlebih dahulu bagi mendapatkan susu yang terbaik.

'Saya terkejut ia menjadi sepopular itu',kata O'Conner mengenai jualan ais krimnya yang semakin diterima ramai oleh orang luar.

Kaki lima : kang ada gak buat susu ibu jadi ais krim pop.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...