Wednesday, February 23, 2011

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT?.

Angpa mengalami masalah keguguran rambut?.Tiada duit ingin mendapatkan rawatan?.Kini,anda tak perlu ke Yum Nam Hair Care.Mengapa perlu bayar lebih?.Wa ada tips-tips yang sempoi nak bagi kat angpa.Jimat malah ringkas.

1. Angpa penah tak buat kolaj,ye ke macam tuh sebutannya?.Aku bedal saja.Ala..yang masa seni duk gam dan tampal tuh.Apakata angpa aplikasikan pembelajaran seni tuh kat masalah neh.Caranya,ambil rambut yang gugur tadi dan tampal semula ke kulit kepala dengan gam cap gajah.Nak lagi tahan,gam kasut.

2. Angpa ingat racun makhluk perosak boleh disembur pada serangga saja ke?.Tambahkan lagi kegunaannya dengan menyembur racun makhluk perosak tuh dekat rambut bagi mengelakkan kutu babi bertandang tanpa memberi salam.

3. Lumurkan rambut angpa dengan baja organik seperti tahi ayam atau taik lembu.Kalau taik kucing lagi pergi.Hasilnya,rambut angpa akan lebih subur dan lebat.

4. Cantaskan rambut-rambut yang bercabang.Ini amatlah perlu supaya rambut cabang neh tidak berjangkit pada rambut-rambut yang lain menjadi lebih bercabang cabang cabang capang eh cabang dengan aktifnya.

5. Jangan sesekali membebankan kepala hotak angpa.It's not good oke.Malah,jangan berfikir dengan banyak.Arakian itu,sila berfikir guna kepala lutut.

6. Andai kata,semua di atas gagal dilakukan oleh angpa.Ada baiknya,angpa manfaatkan bulu ketiak,bulu dada,bulu kaki mahupun mana-mana bulu untuk ditempek di atas kepala angpa.

Selamat mencuba!
'Kini masalah rambut tiada lagi,saya lebih yakin'.
Jalenab Jelebo,Padang Piuh. 

Kaki lima:tenung-tenungkan dan selamat mengamal. :)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...