Bila umur makin meningkat,sembang nak maju,fesen pun da update,buku garis satu da tak pakai,apatah lagi buku kotak nak buat kira-kira da lupa,jari tak digunakan untuk mencongak,aku akan teringat kenangan zaman sekolah dedulu.Era paling tak lupa masa zaman budak baru nak naik.Zaman Too Phat masih bersatu.Zaman Linkin Park dengan album Meteora nya.Lagu rock 90 an boleh nyanyi selamba.Masa tuh memang bes.Peringkat awal zaman remaja.
Teringat aku masa zaman sekolah menengah,aku ada geng yang dinamakan SPOCENT.Kenapa spocent?.Sebab kami ada sepuluh orang.Agaknya lah kot.Tapi dalam geng SPOCENT neh aku rapat dengan AZFA,YUS,DEKNO,SAD dan AS.Dengan depa neh lah aku suka,duka,susah,senang,caci mahupun maki.Kiranya kalau tak de depa kat sekolah boleh buat aku poteng lah gak.Paling gempak masa form 3 sebab kami dapat pakej satu kelas.Memang huru-hara lah kelas tuh.
Dulu kalau nak lepak satu je tempat kami CENTER POINT,klang.Perh..kalau sekarang sumpah tak nak pergi.Kalau nak pergi tuh,kenalah menapak tunggu bas kat depan kedai KODAK.Kalau bas mini buruk tak nak naik.Nak tunggu bas berhawa dingin lagi selesa boleh bawa gado sebab boleh sampai hilang akal menunggunya.
Yang paling kelakar lagi tak boleh blah..fesen kami.Plus-plus fesen aku.Haram J!.Tiap kali keluar aku akan pakai baju belang-belang melintang.Kalau minggu neh kua belang hitam kuning.Minggu depan lak belang hitam biru.Dem gila rasa bila ingat balik.Mangsa fensen betoi aku.Kalau nak diikutkan yang paling bergaya tentulah Dekno.Kalau ada anugerah paling bergaya dalam geng tuh aku bagi kat dia saje.Tapi makin lama fensen aku makin oke lah.Sebab aku ada PA,Azfa.Dia yang ejas baju aku.Kekadang bagi pinjam yang cool-cool.Tutup cerita fensen.
Agak-agak angpa bila kami gi CP tuh kami buat apa?.
Che teka!Che teka!Che teka!
Jeng.Jeng.Jeng.
Kami pergi lepak CC Galaxy sebelah The Store tuh.Paling tak mencabar punya aktiviti.Tiap-tiap minggu buat benda tuh.RM3 sejam.Kerjanya duk CC tuh buat apa?angpa ingat kami nak cari info dunia ke?.Tak kot.Kami cari kenalan melalui MIRC.haha.Batak doe time tuh.Selalunya kalau lepak CC,Yus tak berapa nak kaki sangat.Dia tengok-tengok je.Sad kekadang amik port.Kekadang selepak dengan Yus.Yang lain pulun gak.Selalunya Azfa paling ramai dapat kawan MIRC.Tengok dia punya MIRC banyak gila kelip-kelip.Ingat!kebanyakkan kami bawa belanja RM10 gitu jek.
Lepas kematu duk CC tuh,kami rayau-rayau jap kat THE STORE.Saje.Usha sana-sini.Beli alat tulis kekadang.Skema je kan.Kalau nak makan pulak memang port biasa kamilah lepak KFC berdekatan.Memang situlah tempat kami.Duduk situ makan nya boleh cecah sampai 4 hingga 5 jam.Sebab apa?.GOSIP.Tapi yang paling aku sallute ngan geng kami neh.Kami bukan jenis girl-girl.Yang nak gosip benda-benda gedik.Sebab apa?.Kami kan COOL!.Kami tak pernah kacau orang.Hanya dunia kami.
CP da update buka tempat karok.Masa tuh kami memang nak cuba aktiviti tuh.Benda baru .Karoke jamban tuh kecik je.Memang besar jamban.Tapi kami sumbat sampai sepuluh orang penuhnya.Memang sardin habis.Tapi ada gak antara geng kami dulu yang tak suka sangat pergi tempat tuh.Maka aktiviti karok terpaksa diREJECT dengan kejamnya.
Kami cuba lagi buat tempat lepak baru.Kemana deh?.Try paling jauh Shah Alam pula.Apa dibuat?.Pergi muzium!.Diulang pergi muzium!.Lagi sekali pergi muzium!.Punya lama perjalanan kami dengan naik bas yang semput cuma pergi muzium.Klasik sungguh.Muzium tuh pulak memang macam hidup segan mati tak mahu gayanya.Aku pun tak tahu macam mana boleh lepas ke situ.Tak mengapa.Sebab kami buat muzium tuh macam bapak kami punya.Kalau kami tak melawat,sape lagi yang nak p tengok.
Tiba masa pulang ke sangkar masing-masing.Walaupun bagi angpa aktiviti kami tak berapa nak cool.Tapi kami puas.Sebab dapat lepak sama-sama.Gelak-gelak.Gosip-gosip.See kan?.Kami memang budak baik.
memang muda
Kaki lima : pilu pulak teringat kat angpa semua...

No comments:
Post a Comment