Wednesday, February 2, 2011

TAHUN ARNAB..ADA ONG TAK?

Happy Chinese New Year!

Angpa duk sebut-sebut CNY neh angpa tahu ke sejarah macam mana wujudnya raya neh.Takat tau pasai ANGPAU dengan LIMAU itu belum cukup mantap lagi.Katanya 1 Malaysia kan,maka tak salah kalau angpa tau sedikit sebanyak pasai perayaan neh.Boleh tambah ilmu buat asah otak waktu cuti-cuti neh.

Masa zaman dulu-dulu punya cerita bagi sejarah orang cina,masa sebelum Dinasti Qin tarikh bagi permulaan sesuatu perayaan masih samar-samar.Setiap dinasti permulaan tahunnya tidak sama.Maka pada tahun 104SM,Maharaja Wu yang memerintah semasa Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai tahun awal dan ia nya diguna pakai sampai sekarang.

Nak dijadikan cerita..menurut lagenda mereka,tersebut lah al-kisah.....

NIAN ialah seekor raksasa yang memakan manusia,raksasa ini tinggal di kawasan pergunungan,yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk , untuk memburu manusia. Orang ramai percaya raksasa NIAN neh sangatlah tak tahan dengan bunyi bising serta warna merah , maka mereka pun mengusir NIAN dengan cara membakar mercun dan pengunaan warna merah secara meluas . Adat-adat inilah yang diguna pakai ketika sambutan raya cina yang pertama diadakan yang dipanggil Guo Nian membawa maksud menyambut tahun baru, kalau dalam erti betulnya 'meredah raksasa nian'.

Sebelum raya cina berlangsung,depa neh duk pakat-pakat sapu sampah sampai tak de habuk,buang sawang bagai sebab pembersihan ini umpama menghalau nasib tak baik pada tahun yang lalu dan menjemput nasib yang baik masuk ke dalam rumah depa.Bila malam sebelum raya cina,depa kena simpan segala penyapu depa untuk mengekalkan nasib baik yang masuk ke rumah depa.Tuh pasai masa raya cina depa tak leh sapu sampah.

Acara terbesar depa ialah makan besar dengan kaum-kerabat depa pada malam tahun baru cina.Menu makan lak mesti kena ada ikan.Wajib.Dalam tempoh menyambut raya cina,rumah depa ditempek dengan gambar dewa pintu,kuplet, serta lukisan tahun baru supaya kehidupan depa akan lebih ong,sihat dan bahagia.

Tak dilupa juga angpau atau maknanya 'sampul merah' akan diberikan oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada golongan muda-mudi yang belum berkahwin.Jumlah wang dalam angpau mestilah bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukar dalam upacara pengebumian.Oleh sebab angka 4 adalah angka sial bagi depa..4 membawa maksud kepada MATI.Maka wang dalam sampul tidaklah boleh 4 ringgit.Angka 8 pula membawa ong kepada mereka,maka 8 ringgit selalu terdapat dalam angpau.Perh..makin banyak lah budak-budak depa dapat.

 Dulu kecik-kecik aku ingat neh RAKSASA!

Kalau angpa nak tau,depa neh sambut raya cina selama 15 hari berturut-turut.Dalam masa ini pelbagai adat-istiadat dan patang larang depa perlu ikut demi menjamin masa depan yang baik dan harmoni.

Apa-apa pun..

Epi CNY,not CNN itu berita!

Kaki lima : Jom gi beraya,paling busuk dapat 8 ringgit..hehe.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...