Thursday, February 3, 2011

ULAT JADI MAKANAN PROTEIN..EIYUX!

Semalam duk singkap-singkap paper,terpana bak pawana aku bila baca satu artikel dari  KOSMO  neh.Makanan protein kita masa depan standart dengan katak takpun ayam.Kira kalau katak ke,ayam ke,tengah makan korang boleh tumpang sekaki,takpun boleh cari serangga sama-sama dengan mereka semua.Sangatlah berjiwa alam.

Nak dijadikan cerita,Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu neh buat ramalan,pada tahun 2050 ada sembilan billion penduduk di bumi.Maka sumber protein seperti daging adalah sangat terhad pada ketika itu.Sampai harga Big Mac,Double Cheese yang korang boleh santap tiap hari pun akan naik harga sehingga mencecah RM497.80.Dasyat kan?.Yang sekarang pun aku tenung lama baru order.Apatah lagi yang akan datang.
 
Untuk menghadapi masalah ini di masa akan datang,Belanda telah melatih rakyatnya untuk makan ulat dan pelbagai jenis serangga.Gila geli.Boleh nanes-nanes aku kalau disuruh makan ulat.
 
 
"Sedap...rasanya seperti kacang!"kata gadis yang berusia 20tahun untuk menyakinkan kawannya yang ulat neh tersangatlah sedap.Betul-betul hao liou!.Eiyux.


Sebab apa kita makan serangga dan ulat-ulat neh?.Berlatih untuk Fear Factor?.Saje nak cuba resepi baru?.Serangga neh tinggi protein dan kurang lemak malah mudah dihadam dengan senangnya.


Cakap Van Huis,kira-kira 500 jenis serangga dimakan di Mexico,250 di Afrika,dan 180 di China serta beberapa bahagian lagi di Asia,kebanyakkan nya adalah makanan yang lazat.


Antara manusia yang menjadikan serangga makanan febret mereka ialah Marian Peter dan setiausaha Persatuan Pembiak serangga yang sukakan snek belalang.Depa penah buat lawatan dekat ladang Belanda,dengan selamba riang-ria malah rakus mengunyah kaki belalang kering.
Persoalannya disini,sanggupkah generasi akan datang makan serangga dan ulat-ulat sebagai sumber protein?.Kalau diikutkan hukum Islam,makan ulat sagu adalah HARAM.

Penyelesaiannya,jom hadap MEKDI puas-puas sebelum naik harga sama macam bayar sewa rumah dua bulan.Tak patut.Tak patut.

sanggup ke telan?

Nota kaki : Nasi goreng CENGKERIK satu!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...