Tuesday, February 1, 2011

TAHUN BARU..ADA NAMPAK MASA DEPAN TAK?

Bila masuk saje tahun baru masing-masing pasang AZAM.Azam akan menjadi bualan hangat apabila masuk tahun baru.Ada yang nak kurus,ada yang nak tambah berat badan,ada yang nak kahwin,ada gak yang nak buat rekod dunia yang tak berapa nak masuk dek akal.Pendek kata azam memang femes lah masa tuh.Kekadang aku terfikir gak kenapa tak pakai DOLLAH,KARIM,paling cun pun pakai RAFEAH.Tapi azam yang kita duk sebut-sebut bila masuk tahun baru ada maknanya tersendiri.

Azam membawa maksud kesungguhan mendorong seseorang itu mencapai matlamat yang dihajati.Ada gak yang tiap tahun buat azam tapi ibarat melepaskan kentut dalam kain..bau nya berlalu pergi begitu sahaja.Yang paling cool kalo azam tuh betoi-betoi jadi.COOL!

Aku juga salah satu manusia yang tidak terlepas dari buat azam.Azam aku tahun neh macam nak nampak masa depan aku lah.
KERJA!KERJA!KERJA!

Haaaa..itulah azam aku.Punyalah nak kerja.Tapi sampai sekarang aku tak kerja.Ntah kenapa rasa rezeki tak masuk.Tapi aku tak boleh lah cakap gitu..sebab ALLAH itu Maha Pemberi Rezeki.Aku neh bukanlah demand. Biarlah kalau dapat kerja tuh sesuai dengan jiwa..bekerja neh bukan semata-mata nak duit tapi biarlah ikhlas.

Plan masa depan dah kencang.Nak pakai semua yang besar-besar.Laki pun aku nak besar.Apadehal..alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal tengkuk pun tak apa.Harap semua nya akan tercapai.Mungkin sekarang tak ada lagi rezekinya.Pelan-pelan kayuh kata budak-budak baru nak naik neh.

Apa-apa pun...
KITA MERANCANG...ALLAH YANG MENENTUKAN.

Kaki lima:agak-agak kalau masuk MENTOR boleh pergi tak aku neh?

2 comments:

  1. shaya ade cadangan tntang ayat ini "Biarlah kalau dapat kerja tuh sesuai dengan jiwa..bekerja neh bukan semata-mata nak duit tapi biarlah ikhlas".
    cik tukang carut g la ato resume kat K-box k..n mane2 ade tempat karok..apply jd maintainer.nnti dpt karok free..kan dh kena dgan jiwa..

    ReplyDelete
  2. K-box nak pakai amoi shantek jek..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...